December 2015 - CLICHE THING

Wednesday 23 December 2015

kreatif semasa cuti sekolah
01:110 Comments
Hai semua, Anaj bosan dan tak tahu nak tulis pasal apa, so kita cerita pasal KREATIF..
Apa yang kreatif nya? Ha, masa cuti sekolah ni kalau korang tak tahu nak buat apa, tusyen pon tidak, kelas komputer pon tidak, kelas memasak pon tidak baik lah kalau korang isi masa lapang dengan apa yang dikatakan dengan kreatif..

Mostly, Kraf Tangan...
Kraf tangan macam2 kita boleh buat mcm bakul ke, anyaman tikar, sarung tangan yang comel..
Yang penting tangan korang jenis lasak..hahaha
Kalau pandai menjahit lagilah bagus..like what i said sarung tangan yg comel, kawan Anaj buat ni masa cuti sekolah..
Ada yang buat Penutup Mata, yang untuk tidur tu..ha? Boleh lah korang tidur dengan penutup mata yg baru dan yg paling best, korang buat sendiri..

Kalau untuk barangan rumah, why not korang cipta something yg kreatif untuk barang tu semua, mcm ada yg buat hiasan kat tudung saji, ada yg mengait tempat letak kotak tisu..
Be Kreatif you all..

Mcm Anaj cuti sekolah ni tak buat pape pon..hehehe
3 tahun lepas ada beli satu kain kat kedai kain Nagoya..nak buat baju macam pelik pulak, jadi kita buatlah Cadar Tilam...huhuhu Anaj ada cadar tilam baru...

Reading Time:

Saturday 19 December 2015

Review Homestay Seri Sepakat
19:450 Comments
Assalamualaikum, hari ni no story..So Anaj terfikir nak buat review tentang Homestay Seri Sepakat, korang pernah dengar tak homestay ni? Homestay ni terletak kat Parit Raja, kat area Batu Pahat, lah kat Johor la..

Masa Anaj tulis ni pon, Anaj kat bilik no.5 homestay ni, kali ni dah kali ke 3 or 4 anaj dok homestay ni everything was okay..



homestay ni ada 8 bilik semua nya, or 8 homestay la, bilik kecil je, tapi okey..
-Ada Wifi (kalau bilik yg dekat dengan office wifi lagi kuat, bilik no.7 & 8)
-Katil biasanya 1 Queen & 1 Single yg besar punya tu (tapi ada jugak yg katil 2 tingkat kalau tak silap, kena call tanya dulu)
-Ada Aircond (best tidur)
- Toilet ada yg cantik ada yg biasa2 je...hehehe(pintu toilet die comel)
- Ada cermin n papan boleh letak barang mcm spec ke bedak ke n barang2 mekap (cermin die rendah org tinggi kena tunduk sikit)
- Ada disediakan 3 towel mandi
- Selimut dan bantal pon 3
- Ada plug
- Ada cerek elektrik (korang boleh masak air,cawan ada 3)
- TV pon ada, jgn risau..
- Kalau korang ada tudung ke baju yg nk kne gantung, maaf kat sini tak de almari or locker, tapi korang boleh gantung guna hanger kat kat tempat letak towel..alah pandai2 la nk survive kan..

Anaj sarankan kepada backpacker yg nk jimat lah, kalau tidur berdua bilik ni membazir, besar sangat ruang dia kalau dah gabung katil, bertiga sangat selesa, berempat pon masih selesa..
Anaj agak boleh tidur 5 org, jimat kan sebab 1 malam hanya RM60 sahaja, tapi kalau korang rasa tak muat seorang ke boleh mintak tambah tilam dan bantal..harga tambah tilam not sure pulak..korang better call dulu sebab homestay ni selalu penuh..hehe

So, selamat bercuti to all of you..bergembiralah..


Reading Time:
website untuk exam english online
18:570 Comments


Hi, Apa khabar? korang yang dah termasuk kat blog Anaj ni, Anaj tabik kat korang lah..Sebab apa? sebab korang ada usaha untuk improve english korang, tak semua orang yang rajin buka laptop main internet n then search kat google belajar english online..huhuhu

Serius Anaj cakap english ni sangat penting la untuk kegunaan masa depan, ibu Anaj selalu cerita pasal kawan die punya anak, anak dia tu kerja kilang je, tapi satu hari tu ada orang putih datang nak hantar mesin baru kat kilang tu, tapi tak da sapa faham orang putih tu cakap, datang anak kawan ibu Anaj ni, dia pon speaking la, sejak tu dia di naikkan pangkat..Ha seronokkan ada kelebihan ni??

Next? orang terdekat jelah, Pak long Anaj, pon kerja kilang je, tapi Anaj pelik asyik pergi outstation kat luar negara je, rupanya boss dia selalu hantar pak long Anaj ni sebab dia pandai speaking. Dengar cerita, next month nak pergi korea 2 weeks or 1 month..hah? best tak? So improve your english is a good thing to do..Anaj pon tak power speaking hehehe..so cari2 jumpalah website kat bawah ni..

1. www.ESOLcourses.com
2. www.ielts-exam.net
3. wwwexamenglish.com

Website2 ni die akan bagi exam kat korang, boleh test korang punya grammar, kalau nak belajar one by one tu hehehe, susah sikit la kot..sebenarnya banyak lagi..Anaj pernah try Cambridge..good luck okey kat korang..byebye..
Reading Time:

Friday 18 December 2015

Cara Pemakaian untuk yang Berdada Bidang
20:320 Comments
Hola you all, Ha! Today is the day..eh eh speaking pulak, okay hari ni Anaj nak share kepada orang yang ada masalah dada bidang, i mean yelah bahu korang lebar sikit, Anaj pon sama sebenarnya..hehe kita ni ala2 sado versi perempuan..

Korang mesti pernah rasa insecure kan, samalah kita..tapi ada je yang tak ambil kisah, sebenarnya korang kena ambil kisah sebab bende ni pengaruh cara pemakaian korang..kalau salah pilih baju sometime korang akan nampak tak berapa elok(ayat sopan) di mata orang, first thing yang korang kena fikir ialah pemakaian yang boleh cover bahu korang..



Yang pertama adalah, Corak baju: Vertical/ garis kebawah
i'm not sure about this, biasanya ni untuk yang berbadan gempal, tapi biasa nya gitu orang dada bidang ni sometime dia bertubuh agak besar or gempal..lain tau tubuh besar dengan gempal..tapi tak bermaksud lah korang kena cari baju corak ni, senang cite korang tak payah pakai baju yang corak garis2..

Next is, Leher baju: V Neck
kalau korang risau terlebih seksi ke apa, tak perlu pakai la, lagipun kalau yang bertudung tu memang cover V neck, kira tak de function la korang pakai baju V Neck.

Yang Ketiga, Warna baju: warna gelap bahagian atas
ni bertujuan nak kurang kan kontra dekat bahagian atas which mean orang tak tumpu bahagian dada/bahu korang..kalau warna cerah kat atas, die macam kontra sikit.

Seterusnya, Tali bahu:Lebar
ni untuk yang tak bertudung, yang pakai dress ke macam tulah, tali bahu tu kena lebar jangan pakai tali kecil tu..pakai wide strap 

Then, Jaket: panjang sampai pinggul
jangan pakai jaket yang pendek  yang sampai pinggang tu, sebab ianya akan menampakkan lagi dada bidang korang, kita pakai yang biasa punya je

Last, Blazer: tanpa butang
ni untuk yang bertubuh gempal tu eloklah, kalau pakai blazer ke ataupun cardigan yang ada butang tu, jangan di butangkan biar je lepaskan..


Okey Thats all, harap membantulah awak-awak semua, minta maaf kalau ada yang tersalah info or tak jelas, saya bukan pakar cukuplah sekadar dapat bantu sikit-sikit apa yang saya tahu, btw thanks luangkan masa kat sini, harap you all akan lebih berfesyen dengan betul lepas ni, okey bye bye..
Reading Time:
Movie-movie Rompakan yang Best
19:500 Comments
Hi..Assalamualaikum semua, hari ni Anaj nak share pasal movie-movie yang bertemakan rompakan atau hmmm penyiasatan? Korang faham kan.. Cerita yang macam ni sebenarnya agak bahaya kot kalau perompak tengok, yelah kira macam bagi idea dekat dorang, tapi tu kan cerita dalam movie nampak macam senang bila buat susah sangat, Anaj tak tipu Anaj pernah try salah satu teknik yang dorang guna masa rompakan..hehehe

Okey abaikan..Anaj dapat senaraikan sikit je, berdasarkan yang Anaj rasa best la movie tu, n gempak..okey movie-movie tu disenaraikan kat bawah ni



1. The Italian Job
2. The Brazilian Job
3. Ocean's Eleven
4. Takers (2010)
5. Mad Money
6. The Bank Job
7. Tower Heist
8. Pecah (movie melayu)

Pecah tu sebenarnya movie yang diadaptasikan dari buku fixi tajuk Pecah, penulisnya Khairulnizam..ceritanya sangat best..
Bagi Anaj antara semua senarai movie kat atas tu, yang paling best adalah The Italian Job, serius tak tipu memang gempak, Anaj paling suka scene masa dorang racing guna Mini Cooper, huish Anaj dah la suka kereta tu, hehe..korang wajib tengok cerita The Italian Job..
Reading Time:

@anaj.oscar

@way2themes