Q&A Tentang UiTM Rembau Negeri Sembilan - CLICHE THING

Monday, 21 January 2019

Q&A Tentang UiTM Rembau Negeri Sembilan

Assalamualaikum korang, Aku dah lama nak post entri tentang Universiti aku ni. Tapi selalu malas je hihi. So aku dah collect a few soalan daripada mereka-mereka yang curious tentang Uitm Kampus Rembau ni. Aku harap boleh bantu korang serba sedikit. Anyway, Uitm Rembau ni adalah kampus yang baharu tau. Everything here so fresh-fresh lagi. Bangunan semua lawa lagi...

Alright, here we go...

1. Ada berapakah blok kolej kediaman?
    Blok kolej ada 3 which is dua untuk siswi dan satu untuk siswa.
      Info-->  Kolej wanita diberi nama Tok Puan 1 dan 2 manakala kolej lelaki, Dato' Syahbandar.
                    Satu blok boleh memuatkan sehingga 500 pelajar.
                    Ada 9 Tingkat/Aras, satu Aras terdapat 8 buah Rumah.

2. Konsep kolej kediaman macam mana? rumah ke bilik?
    Disebabkan kampus baharu, maka konsep disini adalah Rumah/Apartment..
      Info-->  Satu rumah terdapat 4 buah bilik, dan satu bilik dihuni oleh 2 pelajar
                    Keseluruhan terdapat 8 pelajar dalam satu rumah.
                    Tiada dapur dan ruang tamu beserta sofa ye harap maklum..
                    Cuma ada ruang makan beserta meja makan 6 kerusi
                    Toilet di dalam Rumah, ada 2 SnT, 1 Shower shja, total 3....Yeayyy
                    Toilet duduk tau..cangkung takda haha

3. Ampaian dimana?
    Ampaian berada di dalam rumah. Details: didalam toilet ada tempat gantung2
      Info-->  Dalam toilet ada tempat basuh baju sekali, incase malas dobi haha
                    Ampaian limited, sila bawa hanger banyak-banyak serta tempat gantung pakaian
                    Boleh tong2 beli tempat gantung pakaian untuk kegunaan semua
                    Ada Dobi di tingkat 2. Harga Rm2 je sekali guna.

4. Ada berapa fakulti?
    Ada 3 sahaja..

  •       Fakulti Pengurusan Maklumat
  •       Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
  •       Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi

   Info--> Ada Diploma Banking, Business, Information Management dan Masscom
                 Ada Degree Information Management dan Broadcasting

5. Line apa yang ok kat uitm rembau?
    Paling okay bagi aku, Celcom lah. Umobile sekarang pun sekarang dah ada line. Digi ada yang kata teruk line sini tapi ada yang survive je. Housemates aku guna Maxis, time K.O mmg dia emo lah haha.. Senang cerita semua ada time elok ade time K.O tapi Celcom the Best.

  • Umobile (ok for student yg stay dalam kampus, yg duduk rumah sewa mintak jgn guna)


6. Tempat makan ada berapa? Harga makanan mahal tak?
   
      Ada 2 tempat Makan..

  •    Kafeteria
  •    Medan Selera (berdekatan kolej Tok Puan)
      Bagi aku makanan kat sini, reasonable je. Kalau compare dengan kampus lain, Uitm Rembau kategori murah jugak. Nasi berlauk kau boleh dapat semurah Rm4 di gerai 3 medan selera. Harga Nasi Ayam Penyet yang InsyaAllah korang boleh kenyang hanya Rm5. Kalau rasa nak taste2 western ada jugak gerai western. Harga makanan western standard Rm5-Rm6.50.

      Maybe tempat lain ada yang lagi murah macam aku pernah dengar nasi berlauk ayam Rm3 je. Tapi kat Rembau kira reasonable lagi.

7. Ada mesin atm tak?
    You are lucky, sekarang dah ada. Atm Bank Islam. Bersebelahan Mart.
      Info--> Kalau nak pergi ajaklah teman, bukan apa, tempat tu mcm terlindung, incase papekan..
                   Mart sebelah Atm, so lepas cucuk duit moh ler shopping kat Mart..haha

8. Library Ptar besar tak?
    Bagi aku...besar dari libraby sekolah hahaha. Mak aku cakap kecik sebab Uni dia dulu terlampau besar sampai mak aku sesat. Bagi aku boleh tahanlah. Nice je. Tak adalah penat nak round cari buku. Fasiliti cantik-cantik je guys. Kalau korang berminat, boleh tengok video library uitm rembau kat sini. Boleh tengok perabot2 dia sekali hahaha... (ehem promote class assignment)

https://youtu.be/VmQR5MNrcdY

       Info--> Buku-buku belum cukup lagi almaklumlah kampus baru, so nanti jngn bebel pulak
                    InsyaAllah sedang di improve kan lagi year by year, sabar je ok hihi..

9. Boleh bawa peralatan elektrik tak kat kolej?
    Boleh boleh tak ada masalah. Tapi Tak silap aku ada limit 5 barang sahaja untuk seorang, which is...
  • Charger phone
  • Charger laptop
  • Iron
  • Water heater
  • Pengering Rambut
      Anddddd setiap barangan elektrik kena didaftarkan di unit kolej dengan harga Rm10 satu barang...

10. Boleh bawa periuk nasi tak?
     Jawapan dia, Haram. Memang tak boleh. Tapi aku ada dengar jugak ada orang yang seludup bawa masuk kolej. Tapi aku tak surelah kampus rembau ke. Kalau berani trylah. Aku tak nak bertanggungjawab hahaha..

11. Boleh bawa kereta tak untuk pelajar kolej?
      Student yang stay kolej memang tak boleh bawa kereta. Yelah katanya, student luar bawa kereta, lecturer lagi, kalau student kolej pun ada kereta, memang tak muat kampus tu. Logik weh logik.

        Sebabnya, Uitm kampus Rembau ni tak ada lah besar mana. Kecil molek je. Minggu pertama je korang rasa penat berjalan, rasa macam jauh. Minggu kedua korang akan start realize betapa comel nya kampus ni. Kalau nak bawak juga kereta kena parking luar kampus tau, kalau tak kena saman.

12. Nak keluar jalan-jalan naik apa kalau tak ada kereta?
      Relakss..sebab korang boleh order grab tapi mahal lah. Sesetengah senior ada buat perkhidmatan Uber. Yang ni better korang tanya orang ramai. Sebab takut pilih sendiri kang dpt jenis manusia pervert kang susah sebab dorang ni mana ada sistem berdaftar ke apa. Uber sendiri- sendiri je. Kalau nak pergi ktm Rembau, biasa Rm15 camtu.

         Paling senang lah, korang sewa je kereta. Depends nak sewa kereta luar atau dalam kampus. Nanti sampai Rembau mesti ada yang pas-pas nombor kereta sewa ni. Kalau sewa kereta dalam, harga setakat aku guna ni 1 Jam=Rm10. Empunya tuan kereta tu staff-staff kat Rembau jugak. Ohh.. Lecturer pun ada buat sewa kereta. Tak sure harga sebab tak pernah try.

13. Dekat tak kampus dengan Bandar/tempat hiburan?
      You mean pekan? kalau pekan 15 minit gitu dari kampus, tapi kecil je. Ada KFC, Family Store, Secret Recipe.. Kalau you cari tempat hiburan macam shopping mall jauh jugak. Like 40 minutes camtu kat Bandar Seremban.

          Basically ada beberapa Mall, Terminal one, Seremban Prima, Palm Mall, serta Aeon kat Seremban 2. Nak tempat lepak malam, pegilah Pusat Bandar Senawang, kalau rezeki ada uptown meriah, McD pun ada situ. Lain-lain korang boleh jugak pergi Bandar Melaka. Boleh melancong sekali kalau tak pernah melancong Melaka hahaha.. Jarak lebih kurang je, Satu jam camtu.

         I can say that kampus Rembau ni tengah2 untuk ke bandar Seremban, Bandar Melaka and Pantai PD. Kalau rasa nak mandi-manda selain pantai, ada Air Terjun Ulu Bendul kat Kuala Pilah. 45 minit camtu. Kalau rasa nak hiking ada Gunung Datuk lebih kurang 25 minit. Kalau suka shopping Nilai jarak lebih kurang sejam. Alang2 pergilah KLIA hahaha...

14. Jauh tak jarak kolej ke kelas?
     Tak adalah jauh sangat tapi penat jugak. Kalau macam dah sampai kelas pastu baru perasan barang tertinggal nak pergi ambil tu possible je.

       Siswa punya kolej dekat sikit so kalau siswa kat fakulti masscom (yg paling dekat dgn laluan balik kolej) tak ada masalah kut nak pergi balik kolej. Walaupun begitu... tangga dia agak memenatkan even jarak dekat compare to others fakulti.

      Senang cerita.. 10 minit camtu....

15. MDS berapa hari, apa itu Interim?
      MDS ni sebenarnya konsep lama. Dulu orientasi ni seminggu sahaja. Tapi UiTM dah ada konsep baharu dipanggil sebagai Interim. Which is mengambil masa selama sebulan. Jadi waktu batch aku dulu kami MDS seminggu then baki 3 minggu Interim.

         Tak ada beza pun MDS dan Interim ni cumanya, fasi-fasi nak terapkan konsep orientasi jadi masa MDS tu biasanya ada peraturan ketat sikit. Contohnya boleh pakai tudung bawal sahaja and tak boleh selimpang ataupun tak boleh pakai mekap, perlu rollcall pukul 6.30 setiap hari (contoh sahaja yer). Jadi waktu seminggu MDS ni fasi akan guide and push korang untuk manage time.

        After one week, korang akan pergi program-program ceramah yang diadakan di dewan besar dengan sendiri tanpa fasi-fasi. So waktu Interim ni korang akan ada satu kelas sahaja waktu petang iaitu subjek Study Skill. Kebiasaannya seminggu sekali atau dua kali. Belajar tentang basic skill untuk study di universiti like apa itu assignment, apa itu quiz. Kebiasaannya lecturer akan kasi satu assignment video. Depends korang dapat tajuk apa.

        Sebelah pagi aktiviti korang penuh dengan ceramah. Ceramah tentang Library and how to use information system untuk cari bahan assignment. Ceramah tentang apps yg boleh digunakan untuk homework online. Ceramah dari Unit Kaunseling. Ceramah tentang Kokorikulum. Ceramah tentang peraturan Uni. Ceramah pasal dadah. Ceramah tentang patriotisme. It is basically ceramah untuk guidelines student sebelum start bergelar student di universiti.

16. Pakaian semasa MDS atau Interim?
      Korang mesti dapat surat suruh pakai baju kurung putih, kain dan tudung hitam kan masa MDS? actually pakai baju kurung putih tu masa majlis penutup je. Ataupun bila ada majlis khas dan ada jemputan penceramah dari luar. Hari lain baju kurung biasa.

P/s Yang ini pun depends pada batch korang. Kalau fasi suruh pakai tu pakailah. Dengar betul-betul penerangan daripada fasi masa first day tu.

17. Student yang stay rumah sewa tapi takda transport, macam mana?
      Jangan risau guys, korang boleh contact uber-uber orang kampung kat sini. Dorang memang buat perkhidmatan uber untuk student dan dijamin selamat. Lagipun ramai student kenal dorang ni. And kalau nak guna uber ni untuk pergi tempat lain pun boleh. Nak pergi Ktm Rembau ke, Senawang ke. Btw Paksu dan Pak Din ada buat rumah sewa jgk. So boleh lah contact dorang kalau cari rumah sewa.


  • Uber Paksu - 012-6075434
  • Uber Pak Din - 0126113144
  • Uber Kak Lin - 019-9826040        


18. Student banyak menyewa dimana?
         Student biasa menyewa area Pilin. But ada jugak taman-taman lain.

  • Taman Exora Kundur
  • Taman Desa Permai Kundur
  • Area Lubuk China

19. Third language yang ada di kampus Rembau?
         Disebabkan kampus ni kecil je so pensyarah bahasa pun tak ramai..
  • Arabic
  • Mandarin


Ni aku sertakan beberapa keping gambar untuk korang...


Ni rupa katil di kolej.Cantik bukan?

Pemandangan di sebelah dewan

Laluan di sekitar kampus

Pemandangan di kawasan padang

Pemandangan sebelah kolej

Bilik Smart Room

Kawasan surau



Pemandangan hadapan surau

Computer Lab

Pemandangan dari tingkap kolej



Antara menu di kedai western


44 comments:

  1. Assalammualaikum akak, terima kasih sebab post ni. Terjawab semua soalan2 says sebelum nak mendaftar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, sama-sama :) ni pun lama tak update.
      Jumpa nanti ya.

      Delete
  2. kalau hari pendaftaran nak kena pakai baju yg macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pakai baju kurung biasa kalau perempuan. Lelaki pakai kemeja putih camtu.

      Delete
  3. Ada night market organise by student atau persatuan? Ala-ala pasar malam yg peniaga luar boleh niaga dlm kawasan hostel atau kat library. Ado contact number person incharge yg buat night market ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ala-ala pasar malam tu setakat ni masa Ada event kat Dewan je. Maaf takda contact number.

      Delete
  4. Saya kos mascom.. Ramai tak students dia. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masscomm ramai. Like course lain satu batch paling bnyk 6 kelas. Masscomm lebih 10.

      Delete
  5. Burger ade jual x,fav food tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ada jgn risau hahaha. Yong tau foo pun Ada. Tpi depends lah, Ada Hari yg takda.

      Delete
  6. Hai,saya akan masuk bulan 21/7 ni

    ReplyDelete
  7. group ws uitm rembau batch01 julai/2019

    https://chat.whatsapp.com/EcrOOESGZ83853iwHRmGTH

    tumpang eh.. tq😁

    ReplyDelete
  8. Hai.biasenye lepas mds ade cuti kan? Berape lame ye cuti? Btw sy pun dpt uitm Rembau

    ReplyDelete
  9. https://chat.whatsapp.com/EcrOOESGZ83853iwHRmGTH

    ReplyDelete
  10. Thanks a lot.. it's really helpful.. i hope i can survive there..nervousnyee..btw sye dpt kt sini course IM..doakan sye ye !!!

    ReplyDelete
  11. nak tanya masa mds nanti , kena pakai baju putih kain hitam. kalau tudung plk ?

    ReplyDelete
  12. Nk tnye, mds brapa hari ye?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,nak tanya kena pakai baju kurung ke setiap kali pergi kuliah,or ade hari tertentu je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, Hari Isnin baju korporat, biasa student pakai baju kurung.
      Hari Jumaat wajib baju kurung. Hari selasa, rabu, khamis boleh pakai blouse tapi kalau ada subjek agama perlu pakai baju kurung.

      Delete
    2. sesungguhnya maklumat ini sangat detail dan berguna. semoga tuan blog ni dirahmati Allah . thank you so much :)

      Delete
  14. tq for info ank i dftr hri ni .

    ReplyDelete
  15. Atm ade x kat sana? Or kena pergi pekan? Lagi satu line ap yg laju kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. atm ada dlm kampus.. ramai pakai celcom. Umobile pon ok tapi klau you stay luar kampus better jgn guna umobile

      Delete
  16. nk tanya,sem 1 kan ada kediaman disediakan. nanti utk sem 2 pulak mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena aktif la aktiviti kolej so the possibility untuk dapat kolej for the next sem lebih terjamin. Selalu macam tu..

      Delete
  17. hai nak tnya , ada dryer tak ?? pengering baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. dryer ada but tak berapa nak function.. depends jgk pd kolej

      Delete
  18. Hi Assalammualaikum. Saya ada buat food delivery area kampus uitm rembau. Kalau berminat boleh whatsapp saya ya +60136564967/+601160767324

    ReplyDelete
  19. Saya nak tanye klu utk student degree memang x disediakan penempatan kolej ye??

    ReplyDelete
  20. locker die besar tak ker biasa biasa kecik jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Locker besi biasa dua pintu tu

      Delete
  21. kalau nk post barang kt uitm tuk asrama pon letak alamat ape

    ReplyDelete
  22. kalau nk post barang kt uitm tuk asrama pon letak alamat ape

    ReplyDelete
  23. Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia - DrmCD
    충청남도 출장샵 www › hard-rock-hotel-and-casino › www › hard-rock-hotel-and-casino The 목포 출장안마 Hard Rock Hotel and Casino Philadelphia 인천광역 출장안마 is your new home 안동 출장안마 for celebrity concerts, shows, 논산 출장마사지 entertainment, and more.

    ReplyDelete
  24. assalam...motor boleh bawa masuk ke ye

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum, nak tanya kalau post barang atau surat ke kolej (specific person) ada caranya ke?

    ReplyDelete
  26. Aslm kak, nak tanya kt sini memang kene pakai tudung atau bole free hair. Hanya bertanya...

    ReplyDelete

@anaj.oscar

@way2themes