Pengalaman SPM 2017 - CLICHE THING

Friday, 1 December 2017

Pengalaman SPM 2017



Assalamualaikum kepada semua pembaca. Entri kali ni simple sebab saya nak share pengalaman saya sepanjang SPM tahun 2017. Maaf tapi panjang sikit.

1. Demam Sebelum SPM
Bermula seminggu sebelum SPM, Ujian pertama dari Allah yg saya terima adalah Demam dan cirit-birit. Dua hari tak dtng sekolah dah memecahkan rekod saya untuk capai kehadiran penuh. Saya masih ingat ketika tu memang tak larat nak bangun sampaikan kawan-kawan saya terpaksa angkat badan saya supaya duduk dan tahan kat belakang supaya tak jatuh.(saya duduk hostel) Itu demam paling teruk pernah saya alami. Kemudian saya mengalami cirit-birit selama seminggu hingga Sabtu sebelum paper BM. Waktu tu memang reda habis dgn Spm.

Apa nk jadi jadilah sbb mmg tak larat nk belajar. Dan saya sedar mungkin ni bukan setakat ujian maybe ni balasan atas apa yg saya dah buat. Masa trial Spm ada seorang classmate saya terpaksa ambil exam menggunakan laptop sbb baru lepas excident dan tangan dia patah. So masa tu saya ada beritahu kawan yg lain 'maybe tu balasan sbb dulu cikgu pernah cerita kat kelas yg last year ada student excident naik motor so ambil exam guna laptop pastu dia gelakkan' dan mungkin sbb saya bukak aib org, its happen to me back. Allah tu maha Besar.

2. First Week Exam Yang Broken
Minggu pertama macam biasa lah Paper BM BI dan SEJ. BM tu memang reda habis tapi bila sampai exam BI first thing dalam minda time tu 'aku kena skor kat essay' sebab gred writing tu berguna untuk masa depan. Tapi tak tahu kenapa, selalu exam I hv many ideas to write the essay tapi masa Spm tetiba lost. Tak Ada Idea langsung. Tetiba dtng idea last minute dan time tu lah tinggal 10 minit je. Reda reda dan reda jelah. Paper SEJ adalah paper yg saya target A. Masa balik dri skolah kawan2 semua check jwpn objektif. Semua markah tinggi2. So kita pon mestilah expect kita tinggi tpi hasilnya hampehhh. Teruk sngt2.

3. Addmath Yang Mendukacitakan
Saya rasa kisah Addmath yang susah ni memang dah tersebar satu Malaysia. Dengan Erica punya problem, Mira punya Silinder. Macam2 soalan pelik. Secara jujurnya I'm super broken with Addmath sebab tak pernah lulus sepanjang 2 tahun belajar. Saya baru dapat semangat nak belajar lepas kena marah dekat bilik guru pasal result Mid Year Addmath yg teruk. Masa tu memang push hard sampai minat kat Addmath. Walaupun trial still Failed tpi perubahan markah yg ketara tetap bakar semangat saya. Tapi tak sangka end up Spm dapat soalan yang 'sangatttt awesome'..

4. Pengorbanan Di Balas KFC Yummy..
Ini cerita malam sebelum paper Biologi. Tiba2 cikgu cakap yg cikgu nak buat kelas terakhir untuk pelajar asrama. Saya be like 'what?????' Typically me is study malam sebelum exam, masa tu lah baru nak baca semua Topik. Baru nak khatamkan satu buku yang tebal tu. Petang tu bincang-bincang dgn kawan nak pergi ke tak nak. Semua tak nak pergi tapi time fikir nak jaga hati cikgu. So rancang nk pergi 1 jam je tpi end up ke 2 jam setengah sbb memang tak sampai hati nak balik awal.

Cikgu siap belanja KFC sorang dpt dua ketul lagi. Dah lah tengah craving tetiba cikgu belanja. Balik tu terus tidur esok tu bangun pukul 3. Selalu saya bangun pukul 4-4.30 tapi terpaksa bangun awal sbb banyak tak baca lagi. Kuatkan semangat selagi ada masa ikhtiar usaha dan sempat buat solat hajat supaya cukup masa nk habiskan semua topik. Alhamdulillah kuasa Allah. Saya sempat baca semua topik.

5. Parents Tiba2 Rajin Melawat
Apa yang membuat kawan2 saya jealous bila parents saya dtg melawat banyak kali bawak  McD, makanan lah macam2. Sorang kawan saya cakap 'selalu pulak mak kau datang melawat time Spm ni' semua org perasan perubahan ketara ni. Dan ada kawan saya cakap 'tengok mak kau sayangkan kau, org lain mak tak dtng pon'.

6. Jampi Apa Kau Berikan?
Kawan saya ada bagi satu ayat Al-Quran ni. Dia cakap masa masuk dewan baca, masa tengah blank baca. So saya Hafalkan maksudnya sekali. Saya amalkan pada setiap exam. Sehinggalah suatu ketika bila saya baca catatan kawan saya, dia ada tulis ayat yang dia bagi tu. So bila saya baca rupa-rupanya selama ni saya tersalah pada hujung ayat. Sepatutnya 'Mubina' tapi saya baca 'Rubina'. Dalam hati mmg Istighfar bnyk. Satu je saya harap that things tak pengaruh my exam.

7. Sindrom Last Paper Yang Sangat Teruk
Mlm terakhir sebelum habis exam saya mengalami Sindrom Last Paper yg sangat teruk. Memang tak nak belajar langsung. Masa tu pulak ada problem sikit baru lepas menangis, dengan keadaan yang mata yang sakit, penglihatan blur2 kepala pening memang lagi buat saya tak nak belajar. Sebab rasa serba salah, jawab la jgk 6 soalan. Pastu terus naik katil tido. Pagi esok tu bangun jgk pukul 4 pagi bace sikit then solat hajat then pergi sekolah jwbexam mcam biasa. Tak pernah sereda ni. Baca 3 Bab je dari 14 bab.Haha.

8. Sujud Syukur Penutup Segalanya
So last paper adalah paper Kimia Kertas 3 . Kalau nak bandingkan Kertas 3 yang lain saya boleh cakap paper kimia lah yang senang. I took 40 minutes to finish then lagi 50 minutes saya busy lukis doraemon la kartun la dekat kertas tambahan. Sekali terkantoi dengan pengawas peperiksaan tu. Nasib dia senyum je. So habis je masa keluar dewan, my classmates and I terus pergi surau dan buat Sujud Syukur. Masa tu feeling MasyaAllah leganya. Bersyukur sangat2 dah habis exam.

KESIMPULAN
So kesimpulannya adalahhhhh....first jaga mulut jangan duk ingat nak cakap pasal orang lain, ingat diri sendiri tu pon tak perfect. Kalau berlaku apa2 just istighfar dan minta di jauhkanberlaku pada kita pulak. Secondly, jangan check jawapan objektif selepas habis exam, sebab klau keputusan teruk nnti bende tu akn buat kita down dan rse broken dan tak semangat dah. Kalau result elok pulak nnti takut kita terlampau yakin, atlast skli bulan tiga kuar result takut tak seperti yg disangkakan parah pulak nnti.

Third, tolong!!  Selagi ada masa datangkan lah minat nak belajar Addmath atau subjek lain. Walaupon kita rasa selamanya kita mmg tak boleh buat percayalah pada diri bahawa practice makes perfect. Its happen to me. Result Trial naik bnyk markah sbb saya push untuk bljr. Bukannya tak boleh tapi sebab sikap give up dari awal tu yg halang kita sebenarnya. Forth, jangan pentingkan diri pada saat2 genting, perasaan cikgu tu penting. Tak kira lah kita dapat baca semua topik ke tapi kalau cikgu terasa dgn kita, apa pon tak jalan. Fifth, jgn cepat assume parents korang tak sayang or tak ambil kisah kat korang, percayalah bila tiba masanya nnti korang sendiri akn nmpk betapa syngnya parents kita kat kita.

Next kalau org bagi ayat2 penenang hati ke, apa ke tolong tengok sendiri baca sendiri bkn dengar org sebut pastu hafal sbb takut kita tersalah dengar. Then, Solat hajat tu penting klau boleh buat setiap hari, minta kat Allah supaya bantu kita nk jawab exam. Lagi2 bila dah kritikal macam kes Kimia saya tu. Lagi satu macam mana nak give up sekali pon tolong kuatkan semangat ikhtiar selagi mampu selagi ada masa gunakan sebaiknya.

Last but notleast, bila kita habis exam jangan busy nk bakar mercun ke bersorak sorak merdeka lah, tapi buatlah sujud syukur sbgai tanda kita bersyukur kepada Allah yg kita dah habis exam dan kita sempat sampai kepenghujungnya. Yelah Ada org tak sempat nk abiskan exam tapi dah pergi tinggalkan kita. So bersyukurlah.

3 comments:

  1. Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
    Untuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS 🏫 IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
    Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
    KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
    Kursus Yang Ditawarkan:
    ▶Diploma Sains Kejururawatan
    ▶Diploma Pembantu Perubatan
    ▶Diploma Kesihatan Persekitaran
    ▶Diploma Sains Perubatan
    ▶Diploma Farmasi
    ▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
    ▶Diploma Pengurusan Hotel
    ▶Diploma Pengurusan Logistik
    ▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia

    Kemasukkan: JULY 2019
    Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
    Tempoh Kursus : 3 tahun

    KELEBIHAN DI PIUC
    • Pendaftaran RM195💶💰 sahaja.
    • Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 🕌.
    • Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar💰💰.
    • Duit Sara Diri bulanan RM300💵💵 kepada yang layak.
    • Asrama🏬 dan pengangkutan 🚌🚌Disediakan.
    • Penerbangan pergi🛫 dan balik 🛬Sabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
    • Terbuka kepada semua bangsa 🧕🏻👳♂👲🏻.
    • Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
    • "Highly job marketability".
    • Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Berminat Untuk Memohon?
    WhatsApp/sms ;-
    <>Nama🙋🏼♂🙋🏼♀
    <>Alamat 🏬
    <>NO Hp 📱
    <> Gambar Kad Pengenalan 📑📸
    <> Gambar Slip SPM 📑📸
    <>Email 💻
    Hantar Kepada
    ▶ 0102757767

    Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html 💻
    Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
    MOHON SHARE!!!

    Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin

    ReplyDelete
  2. hi awak ! mesti rndu kn bila igt balik pasal pengalaman spnjg form 5 ? saya pun ada pgalaman sndiri jugak and if awak interested nak baca awak boleh singgah blog saya :)

    missricher.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih...spm awak dpt berapa A?

    ReplyDelete

@anaj.oscar

@way2themes