December 2016 - CLICHE THING

Thursday, 29 December 2016

Tips Kumpul DUIT bila Ekonomi tak Stabil
00:480 Comments
Macam mana Nak Kumpul Duit eh? Okey apa yg aku tulis hari Ini semua tips yg aku rasa baik lah..Aku faham dalam keadaan ekonomi sekarang yg tak berapa nak elok mesti ramai sdg cari Duit Poket untuk sara hidup, lepasan SPM cari duit nak sambung belajar, yg student cari duit nak tampung belanja, yg dah bekerja cari duit nak beli rumah dan sebagainya..
So cara pertama adalah:-
1. BERJIMAT
    Simple tapi ramai tak boleh buat, senang je. Contoh, barang rumah, biasa korang guna sabun mahal, so lepas ni beli yang satu botol 2 liter tu, yg besar. Murah dan boleh pakai lama. Milo? Aku beli paket kecil untuk sebulan sometime 2 bulan. Senang kau beli Vico ke, sedap jugak rasanya dan murah. Ubat gigi? Alah pakai mukmin pun okey je. Sabun baju? Pakai la serbuk, jimat sikit.
Makan pulak? Pergi kerja bawa bekal dari rumah. Ini paling jimat!!

2. PUASA ATAU DIET
    Ini depends kat korang lah, dulu kebetulan masa aku nak jimat duit sekali aku nak diet. So, tak rasa ralat lah bila org kata 'Tak pegi makan ke? Takkan Jimat sampai tak makan?'
Jawapan aku 'Diet lah'.. Sama macam puasa sunat, org takkan hasut kau untuk makan punya..Pahala pun dapat klau puasa tapi kenalah Ikhlas kan..

3. MENABUNG
    Memang ada yang kata baik masuk duit kat bank, ada dividennya. Okey korang tetap kena masuk duit kat bank tapi tetap juga kena menabung sebab kadang kita asyik nak keluarkan duit dari bank je. Betul tak? Lama2 dah tak ada duit dlm bank. Tabung ni boleh digunakan ketika kecemasan. Macam aku pernah menabung 2 tahun n then pecah sbb ada emergency. Nak harap duit kat bank tak cukup punya. One day after terus beli tabung baru.

Siap ada pesanan khidmat masyarakat dari my preng lagi hahahah


4. SIMPAN DUIT KAT KAWAN
    Cari kawan yg betul2 boleh dipercayai!! Suruh dia pegang duit kita, sehari bagilah RM5 ke bila emergency boleh pakai. Kesimpulan kat sini kena bnyk menabung. Kat bank, kat tabung sendiri, kat kawan, tanpa sedar duit korang merata2 ada. Nak guna senang.

5. SIMPAN DUIT KAT SSPN
    Untuk yang masih sekolah tu, menyimpan lah kat SSPN tak adalah habis je SPM sibuk cari kerja nak cari duit untuk sambung belajar. SSPN ni Incase kalau beberapa bulan korang cari kerja tak dapat pulak atleast korang dah ada simpanan. Selamat lah..

6. BERNIAGA
    Sangat2 digalakkan. Dengan berniaga, memang hidup korang akan senang. Korang student tak ada masa? Aku cadang korang jual dadih ke, atau sandwich for breakfast kat kelas korang. Bak kata mak aku student ni selalu tak sempat nk breakfast so kalau dah lapar tu sandwich pun dorang sapu habis.. Dadih pula modal kecil je untung bnyk.

7. MELABUR
    Kenapa orang kaya terus kaya dan orang sederhana jadi miskin? Sebab Orang kaya gunakan kekayaan dorang untuk melabur. Manakala orang sederhana dorang guna kan duit untuk belagak jadi orang kaya lama-lama duit habis. Bukan semualah tapi kebanyakkan. Orang asyik fikir macam mana nak kerja untuk duit tapi tak pernah fikir macam mana nak buat duit yang bekerja untuk kita. So, caranya adalah melalui PELABURAN!!

8. MELANCONG
     Mesti korang pelik kan? Okey macam ni, first korang dah habis duit melancong cara nak dapat duit tu balik senang je iaitu bila korang pergi suatu tempat tu beli apa2 yang murah kat sana contoh:- pegi korea barang mekap kat sana murah so beli bnyk2 pastu jual kat kawan korang, mesti ramai nk beli punya sebab kadang2 harga benda tu kat Malaysia 3X Ganda Lebih mahal. Atau prgi Jepun Beli Handbag ke atau Jeans Levis, kat Jepun Murah.  Atau pergi London, jangan lupa pergi BICESTER VILLAGE kat sana barang semua murah2  banding kat Malaysia.

9. SEDEKAH
    Ini adalah satu tips macam mana nak murahkan rezeki korang. Islam menggalakkan kita untuk bersedekah. Kalau korang nak kaya selalu lah bersedekah ianya juga suatu Amal Jariah. Insya Allah, Allah akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada hambanya yg suka bersedekah.

Sekian Tips dari aku, marilah kita sama2 mengubah hidup kita. Aku doakan korang berjaya dunia akhirat.
Reading Time:

Monday, 5 December 2016

Cari Kawan Luar Negara MACAM MANA TU??
02:03 13 Comments


Assalamualaikum, okey disebabkan ada orang email aku tanya 'akak mana dapat kawan luar negara ni?' 'Akak cakap bahasa inggeris ke'
First soalan aku macam mana kau tau? Hahahaha k takpa nnti aku buat review..

Okey2 macam ni cerita dia, sebenarnya dekat Internet ni banyakkkkk Website yang korang boleh cari kawan tau. Tapi First korang kena tanya dulu apa Interest korang? Maksudnya minat korang ke arah mana? Macam aku, aku suka travel so join satu website ni nama dia Travel Buddies kat situ semua adalah Traveller yang hebat-hebat. Korang boleh rancang nak travel sama-sama dan sebagainya lah..

Yang kedua korang kena cukup berani dan kena jadi seorang yang Talkative, even orang tu jenis yang pendiam pon, supaya bila korang chat nanti tak adalah macam habis kat situ sahaja mcam tanya nama, tanya dari mana, tanya umur pstu habis.. Korang kena bnyk idea supaya barulah orang suka nak kawan dengan kita...

Aku dapat selalunya dari website Penpals--> lagi macam2 jenis website penpal, korang pilih je yg mana, ada tu kawan aku kenal dari website Diary, yang ni tempat kau luah kan perasaan(dah nama pon diary) korang boleh baca orang punya diary jugak. Ada tu dari Whisper ( yg ni nk luahkn perasaan boleh lah).. Nak cari kawan tu susah sikit sebab ramai yang scammer, hati2 ada yg suka cakap lucah..next is website World Friend..
Senang ceritalah, bukan Facebook bukan Instagram bukan Twitter.. 3 ni tak digalakkan sebab orang yang betul2 cari kawan ni biasanya dia akan berusaha join website yang orang jarang guna sebab biasanya kalau kat facebook tu ramai scammer setuju tak??

Okey seterusnya, kena cakap bahasa Inggeris ke? Hahaha mestilah tak kan korang harap kan omputih tu cakap Melayu lainlah kalau dorang memang pandai mcam Mat Dan tu. Tapi tak yah risau sangat korang cakap je masa mula kenal tu yg korang tak berapa pandai english, so kalau ada yang tak faham tu minta maaf la.. Bla bla bla..
Dorang akan faham dan biasanya org akn cakap 'no, your english is good and still can be understand' bla bla bla...

Kena tukar2 gift ke?? Yang ni sebenarnya atas persahabatan korang macam mana, ikut suka korang aku tak boleh nak bagi cadangan ke apa, macam aku kalau dah lama kawan tu macam 6 bulan atau lebih setahun tu baru aku tukar2 gift untuk eratkan lagi persahabatan.

Macam mana nak tahu dia ikhlas? Talkative kunci nya, pastu dia jenis yang bercerita tentang secret dia, dia percaya kan kau, dia tak mintak gambar kau kalau baru kenal, dia tak mintak fb ke insta ke twitter korang ke atau nombor tel ke pada awal perkenalan. Dia hanya bercerita dan berkawan dengan korang..(kalau yang bercerita pasal GF/BF tu boleh dipercayailah)..

Kalau yang tetiba cakap suka kat korang tu? Ha yang ni depends kat korang lah, lain orang lain pulak cara dia kan.. Tapi macam akulah aku hanya exchange fb/insta selepas setahun kawan, dah setahun confirm dia ikhlas punya(insyaAllah) dan aku pastikan aku yg mintak bukan dia(kalau lelaki)..biarlah nmpak macam trhegeh2 daripada ko rasa mcam lelaki ni semacam je nk mintak fb kau pula kan??  Pasal suka tu, nasihat aku kalau dah bertahun kwn dan dah jumpa banyak kali baru lah pertimbangkan!! Pertimbang tau bukan terima terus hahahaha papepon aku ulang Lain org Lain cara.. Itu cara aku berkawan cara korang, korang la tentukan!! Yang penting aku dah kasi nasihat hahahaaaha

Okey bye! Semoga dapat kawan Oversea!!
Reading Time:

@anaj.oscar

@way2themes