Tips Kumpul DUIT bila Ekonomi tak Stabil - CLICHE THING

Thursday, 29 December 2016

Tips Kumpul DUIT bila Ekonomi tak Stabil

Macam mana Nak Kumpul Duit eh? Okey apa yg aku tulis hari Ini semua tips yg aku rasa baik lah..Aku faham dalam keadaan ekonomi sekarang yg tak berapa nak elok mesti ramai sdg cari Duit Poket untuk sara hidup, lepasan SPM cari duit nak sambung belajar, yg student cari duit nak tampung belanja, yg dah bekerja cari duit nak beli rumah dan sebagainya..
So cara pertama adalah:-
1. BERJIMAT
    Simple tapi ramai tak boleh buat, senang je. Contoh, barang rumah, biasa korang guna sabun mahal, so lepas ni beli yang satu botol 2 liter tu, yg besar. Murah dan boleh pakai lama. Milo? Aku beli paket kecil untuk sebulan sometime 2 bulan. Senang kau beli Vico ke, sedap jugak rasanya dan murah. Ubat gigi? Alah pakai mukmin pun okey je. Sabun baju? Pakai la serbuk, jimat sikit.
Makan pulak? Pergi kerja bawa bekal dari rumah. Ini paling jimat!!

2. PUASA ATAU DIET
    Ini depends kat korang lah, dulu kebetulan masa aku nak jimat duit sekali aku nak diet. So, tak rasa ralat lah bila org kata 'Tak pegi makan ke? Takkan Jimat sampai tak makan?'
Jawapan aku 'Diet lah'.. Sama macam puasa sunat, org takkan hasut kau untuk makan punya..Pahala pun dapat klau puasa tapi kenalah Ikhlas kan..

3. MENABUNG
    Memang ada yang kata baik masuk duit kat bank, ada dividennya. Okey korang tetap kena masuk duit kat bank tapi tetap juga kena menabung sebab kadang kita asyik nak keluarkan duit dari bank je. Betul tak? Lama2 dah tak ada duit dlm bank. Tabung ni boleh digunakan ketika kecemasan. Macam aku pernah menabung 2 tahun n then pecah sbb ada emergency. Nak harap duit kat bank tak cukup punya. One day after terus beli tabung baru.

Siap ada pesanan khidmat masyarakat dari my preng lagi hahahah


4. SIMPAN DUIT KAT KAWAN
    Cari kawan yg betul2 boleh dipercayai!! Suruh dia pegang duit kita, sehari bagilah RM5 ke bila emergency boleh pakai. Kesimpulan kat sini kena bnyk menabung. Kat bank, kat tabung sendiri, kat kawan, tanpa sedar duit korang merata2 ada. Nak guna senang.

5. SIMPAN DUIT KAT SSPN
    Untuk yang masih sekolah tu, menyimpan lah kat SSPN tak adalah habis je SPM sibuk cari kerja nak cari duit untuk sambung belajar. SSPN ni Incase kalau beberapa bulan korang cari kerja tak dapat pulak atleast korang dah ada simpanan. Selamat lah..

6. BERNIAGA
    Sangat2 digalakkan. Dengan berniaga, memang hidup korang akan senang. Korang student tak ada masa? Aku cadang korang jual dadih ke, atau sandwich for breakfast kat kelas korang. Bak kata mak aku student ni selalu tak sempat nk breakfast so kalau dah lapar tu sandwich pun dorang sapu habis.. Dadih pula modal kecil je untung bnyk.

7. MELABUR
    Kenapa orang kaya terus kaya dan orang sederhana jadi miskin? Sebab Orang kaya gunakan kekayaan dorang untuk melabur. Manakala orang sederhana dorang guna kan duit untuk belagak jadi orang kaya lama-lama duit habis. Bukan semualah tapi kebanyakkan. Orang asyik fikir macam mana nak kerja untuk duit tapi tak pernah fikir macam mana nak buat duit yang bekerja untuk kita. So, caranya adalah melalui PELABURAN!!

8. MELANCONG
     Mesti korang pelik kan? Okey macam ni, first korang dah habis duit melancong cara nak dapat duit tu balik senang je iaitu bila korang pergi suatu tempat tu beli apa2 yang murah kat sana contoh:- pegi korea barang mekap kat sana murah so beli bnyk2 pastu jual kat kawan korang, mesti ramai nk beli punya sebab kadang2 harga benda tu kat Malaysia 3X Ganda Lebih mahal. Atau prgi Jepun Beli Handbag ke atau Jeans Levis, kat Jepun Murah.  Atau pergi London, jangan lupa pergi BICESTER VILLAGE kat sana barang semua murah2  banding kat Malaysia.

9. SEDEKAH
    Ini adalah satu tips macam mana nak murahkan rezeki korang. Islam menggalakkan kita untuk bersedekah. Kalau korang nak kaya selalu lah bersedekah ianya juga suatu Amal Jariah. Insya Allah, Allah akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada hambanya yg suka bersedekah.

Sekian Tips dari aku, marilah kita sama2 mengubah hidup kita. Aku doakan korang berjaya dunia akhirat.

No comments:

@anaj.oscar

@way2themes