PERATURAN DAPUR di Bakal Rumah Aku|Kebersihan|Kekemasan - CLICHE THING

Sunday, 26 August 2018

PERATURAN DAPUR di Bakal Rumah Aku|Kebersihan|Kekemasan

Peraturan Dapur? Dapur pun kena ada peraturan ke? Of course dear, demi menjamin keselesaan ahli2 di rumah sekalian. Tapi I'm making this rules ikut suka hati aku jugak. Ikut pendapat aku sebab nama pun 'Dapur di Bakal Rumah Aku'. In future itu sudah pasti. Hahahaha...


1. Sila Basuh Pinggan Mangkuk Yang Sudah Digunakan

    Common Sense yang paling mudah tapi tak semua boleh buat bukan? Terutama warga lelaki sekalian. Disini kita mahu amalkan kebersihan sentiasa. It means, singki akan sentiasa bersih tanpa ada pinggan yang belum dibasuh tertinggal didalam singki sehingga menggunung. Maka, everytime lepas makan, pinggan itu terus dibasuh sendiri tanpa mengharap orang lain yang basuhkan.


2. NO Fridge Magnet Dilekatkan Pada Fridge

     Sejujurnya aku tidak berapa berkenan Fridge Magnet dilekatkan pada Fridge sebab sometime that things ibarat menyempitkan mata, especially bila terlalu penuh dilekatkan pada Pintu Fridge. Maka, alternatif lain yang boleh dilakukan untuk Fridge Magnet adalah dengan melekatkannya pada suatu sudut papan yang disediakan khas untuk Koleksi Fridge Magnet.

Ni contoh yang aku dapat dari google..


3. Sila Basuh Segala Peralatan Memasak Yang Sudah Digunakan

    Ini adalah satu perkara yang agak penting. Ianya adalah kerana ramai diantara ahli-ahli rumah yang rajin untuk memasak di dapur tetapi ada satu penyakit malas iaitu malas untuk membasuh peralatan yang telah digunakan. Selepas guna biarkan orang lain yang nak guna untuk membasuhnya. Sekaligus telah menyusahkan pihak lain.


4. Kemas Dapur Selepas Menggunanya
    
      Disini point yang saya ingin tekankan adalah apabila selepas memasak, kadang-kadang ada tumpahan minyak di sekeliling dapur gas, ada juga kesan minyak pada dinding, kesan serbuk tepung dan sebagainya. Maka, peraturan ini meminta ahli rumah untuk mengemas semula kesan kotoran yang telah dilakukan selepas memasak. Dengan ini, kawasan dapur akan kelihatan lebih bersih.


5. Susun Semula Kain Buruk Selepas Digunakan
    
     Disebabkan rumah aku yang sekarang banyak menggunakan Kain Buruk untuk alas dan sebagainya maka peraturan ini penting. Ini kerana telah berlaku beberapa perkara yang tidak diingini melibatkan kain buruk ini. Apabila selepas guna, sesetengah ahli rumah akan meletakkan Kain Buruk ini merata tempat. Kemungkinan untuk jatuh ke lantai dan ahli rumah lain menggunakannya untuk mengelap lantai dan sebagainya.


6. Jangan Sentuh Makanan Yang Bukan Kepunyaan Sendiri Di Dalam Fridge

     Salah satu perkara sensitif yang melibatkan individu di dalam rumah apabila ada ahli rumah yang mengambil makanan di dalam fridge yang bukan kepunyaannya tanpa meminta izin sesiapa. Ini boleh menjadi punca pergaduhan kerana kita tidak tahu apa yang dirancang oleh empunya tuan makanan tersebut. Contohnya, makanan tersebut adalah hadiah daripada seseorang yang disayanginya. Maka, peraturan ini boleh mendidik ahli rumah supaya hormat pada kepunyaan orang lain.


7. Tanggungjawab Bersama Untuk Mengisi Semula Air Ke Dalam Dulang Kiub Ais

     Ini adalah tanggungjawab ahli rumah bersama untuk prihatin jika terperasan bahawa dulang kiub ais sudah kosong. Jadi, kita hendaklah mengisi air kedalam dulang kiub ais tersebut untuk memudahkan orang lain. Jangan biarkan dulang tersebut terus kosong selepas menggunakan kiub ais. Kesian kepada pengguna seterusnya.

No comments:

@anaj.oscar

@way2themes