Bagaimana Memilih Bidang di Universiti? - CLICHE THING

Tuesday 12 March 2019

Bagaimana Memilih Bidang di Universiti?

Aku adalah seorang pelajar diploma pengajian perniagaan tahun pertama. So harini aku nak cerita sikit macam mana nak pilih bidang di universiti. Jujur aku cakap aku lagi suka dengar maklumat tentang sains berbanding tentang marketing dan sebagainya. Why? sebab aku lagi minat sains sebenarnya.

    Dulu masa aku sekolah menengah aku ambil  kelas sains tulen. Then kenapa aku tak sambung bidang sains? sebab aku sedar kemampuan aku setakat mana. Kalau korang tanya aku punya keputusan SPM untuk subjek sains, ok je. BIO and PHYSIC aku dapat B. CHEMISTRY je yang kureng sikit, aku dapat D. Then apa yang tak mampunya??

    Korang kena belajar menilai sesuatu tanpa melihat gred dia. Tak kisahlah gred Telur ke Udang sekalipun haha. This is yourself, and you know what suitable for you and apa yang otak korang boleh tampung. Cause what? tak semua benda yang kita minat, kita boleh carry subjek tu. So be logic and don't burden your brain too much.

Then nak pilih course macam mana?....

MINAT
        So, bagi aku dalam pemilihan course, first thing kau kena consider adalah 'Minat'. Which is kau kena tanya diri kau yang kau minat apa. Jangan consider pasal kerja ke apa dulu sebabnya rezeki setiap orang tu berbeza. Next is because in the future bila kau belajar and sampai satu tahap susah, kau still akan termotivate untuk terus belajar sebab kau minat apa yang kau belajar.

       Paling kurang pun kau akan rasa "takpa, susah-susah ni biasalah dalam study, boleh ni, kena try hard sikit". Means kau takkan mudah give up sebab kau minat. Kita juga nak enjoy belajar bukan? so dalam pada struggle you will be less burden. Cuba korang imagine belajar something yang korang tak suka, mesti susah nak masuk otak. Then bila tak faham lagi korang mudah give up. 

     So first thing first, kau kena senaraikan apa bidang yang kau minat mengikut urutan.
 Contoh:
1. Sains 
2. Kulinari
3. Perniagaan
4. Photography
5. Perfileman

 KEMAMPUAN
         Yang kedua, korang kena tengok kemampuan diri korang secara logiknya. Betul kadang-kadang kita sangka kita tak boleh buat sesuatu, tapi sebenarnya mampu je. Kemampuan kat sini aku definisi kan "ask your brain whether you boleh teruskan atau tak". Sepanjang 2 tahun aku belajar sains tulen, I do feel enjoyable sebab ada ilmu yang aku suka nak tahu. Tapi dalam proses nak menelaah ilmu tu, otak aku rasa penat sangat-sangat. Penat as in daripada enjoy jadi aku rasa terpaksa belajar.

        So, no matter korang minat apa sekali pun kalau korang memang tak boleh nak carry that subject than better let go. Don't waste your time. Maybe waktu belajar ni korang tak dapat ilmu tentang sains but in the future rezeki korang kerja dekat hospital (selain doctor lah). At least the environment can give you knowledge secara informal.

PERSONALITI DIRI
        Why aku masukkan personaliti diri is because, setiap daripada kita ada personaliti yang berbeza yang pengaruh apa yang kita belajar. Contoh, kau ni jenis banyak cakap dan suka bercakap so better study yang banyak menggunakan communication skill so kau akan enjoy the learning process. Cuba bayangkan kau study library, yang banyak teori rather then communication process, tak ke korang rasa jiwa dan raga terseksa sebab tak dapat bercakap lebih?

        Untuk pada situasi aku pulak, aku ada suatu personaliti yang mudah bosan dengan sesuatu minat. Imagine kalau aku study kulinari, apa akan jadi kalau masuk sem 3/4 aku dah hilang minat? Nanti nak kerja, the only sijil diploma yang aku ada adalah kulinari. Yes, biasa study lain kerja lain tapi skop pekerjaan tu cuba compare dengan course lain mana yang lagi besar.

        Perhaps, kulinari adalah kemahiran which is aku boleh belajar kemahiran ni kemudian kat giat mara ke and so on. Walaupun silibus and ilmu yang kau dapat tu mungkin ada sedikit kelainan sebab belajar diploma 3 tahun compare to Giat Mara yang cuma 6 bulan, but it worth sebab kau ada diploma dalam bidang lain and kau ada kemahiran dalam bidang lain juga.


PENDAPAT IBU BAPA
        
        Sesetengah orang akan tanya pendapat cikgu, so depends kepada siapa yang korang selesa dan faham korang. Kalau aku memang takkan tanya cikgu kat sekolah sebab rata-rata cikgu aku akan suruh sambung asasi sains lah, matrik lah. See? kau nak cari yang betul-betul faham minat kau tu susah.

        So aku dengar pendapat parents aku, mak aku suruh sambung kulinari tapi lepas aku terangkan situasi aku, then dia nasihatkan aku ambil diploma perniagaan. Kalau bidang perfileman tu memang mak aku tak kasi lah. That's why aku suggest korang senaraikan minat korang then baru tanya parents punya persetujuan yang mana dia terima dan yang mana mereka tak terima. After all korang nak belajar ni, korang perlukan restu ibu bapa dan InsyaAllah dipermudahkan urusan pembelajaran.

No comments:

@anaj.oscar

@way2themes