Magnificent Century patut di banned atau ditayang? - CLICHE THING

Sunday, 4 June 2017

Magnificent Century patut di banned atau ditayang?

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Sesungguhnya perlulah kita mem'positifkan' minda kita terlebih dahulu agar tiada berlaku ketidakpuashatian dalam diri terhadap nota pendapat yg akan diberi oleh saya.

Berkenaan kisah  yang viral kini iaitu siri drama The Magnificent Century telah di banned atas sebab banyak kontroversi2 dan complain2 dari pelbagai pihak. Dalam masa yang sama ada sesetengah pihak yang melawan dan tidak puas hati kerana menayangkan drama tersebut separuh jalan.

Pada pendapat saya, sebab -sebab yg diberikan untuk menolak drama tersebut daripada ditayangkan ada yang betulnya, tapi ada yang langsung tidak relevan.

 Antara alasan mereka adalah 'pakaian yg digunakn adalah seksi dan tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadhan'. Alasan yg boleh diterima tetapi bila fikir balik, bulan Ramadhan sahajalah yg ptot ditangguhkan bukannya terus di banned. Selain tu bukankah banyak lagi movie atau drama2 lain yg lebih seksi pakaiannya? Ada juga yg menayangkan adegan ciuman secara terangan dan mengapa tidak di banned sekali? Mungkin disebabkan oleh waktu tayangannya pada waktu  berbuka jadi drama ini lebih disedari oleh ramai org. Maka drama inilah yg menjadi mangsa untuk di banned kan.
Saya fikir kalau drama ini ditayang pada jam 11 mlm di saluran tvI pasti tiada kedengaran sebarang komplen. Bagi saya berhentilah kita bertindak sprti ianya salah yg amat, sebab klau korang kata ianya salah, macam mana pula dgn filem-filem Malaysia yg kini bnyk unsur syirik? Ada yg kata 'yg buruk tu jgn ikut, tengok akibat dia pastu jdikan pengajaran'. Eh2 samalah dgn drama Turki ni.

Yang kedua, alasannya 'banyak penyelewengan sejarah'. Okay then tell me the truth. Adakah mereka tahu cerita yang sebenar? Ada yg cakap bahawa Sultan Suleyman yg mereka kenal selama ini cuma 'The Magnificent' yang hebat yang bijak semuanya baik, mana ada Baginda seorang yang kaki perempuan. Ya! Itulah yg didengari oleh masyarakat, sedangkan yang sebenarnya? Disebaliknya? Senang cerita macam ni lah, dulu korang ni jahat, macam2 benda buruk korang buat sampai one day korang insaf berubah berusaha sampai korang berjaya pastu ada org nk buat buku kisah kejayaan korang. Korang rasa perlu ke nak cerita benda buruk yg korang buat? Benda yg dah lalu. Sedangkan motif buku tu ditulis untuk suntik semangat org supaya contohi kejayaan korang. Samalah dalam kes ni, semua yg buruk di sorokkan yg baik di war2 kan supaya kita contohi Sultan Suleyman.

Tapi ada satu alasan lagi yg berkait which is 'apa motif drama ni ditayang? Nak kita contohi yg buruk tu ke?'. Sama sekali tidak. Ini yg berlaku salah faham sebenarnya. Saya memang tak boleh cakaplah apa motif pengarang dan penerbit drama ni. Tapi bagi saya, motifnya adalah untuk diberitahu 'Punca-punca kejatuhan Islam' dan kita sepatutnya sebagai seorang yg positif harus jadikan punca-punca tersebut sebagai pengajaran dlm hidup supaya ianya tidak berulang kembali. Malangnya masyarakat kita salah tafsir, fikirkan yg org kafir cuba meracuni minda kita agar mencontohi yang tidak elok. Ada yg sangkal 'alah klau mcm tu pemimpin yg kena tengok drama ni dan ambil iktibar, bukan masyarakat'.
Like seriously? Bukankah setiap dari kita harus ada sikap pemimpin? Perkara ni bukannya harus pemimpin negara sahaja yang perlu tahu tetapi pemimpin sesebuah keluarga pon harus tahu agar rumah tangga yg dibina lebih aman dan bahagia.

Next alasan is 'perlu ke tunjuk sisi gelap kerajaan Islam?' ataupon  'benda yg lalu kenapa nk diungkit?'. Untuk soalan yg pertama, seperti yg dikatakan, ianya cuma sebagai pengajaran. Kalau betul pun(memang betul pun, tak caya pergi tanya cikgu sejarah korang) punca kejatuhan Islam sebab 'perempuan', then kenapa nak nafikan? Kalau saya jadi rakyat Turki yelah saya malukan sebab pemimpin masa tu kan dari golongan mereka, tapi korang tahu tak saya jumpa satu artikel ni which is perdana menteri dorang cakap 'We cannot deny our  old Ottoman' dan itu jawapan untuk soalan kedua. Yes cannot deny it. Lagipun sudah namanya pun sejarah, kalau tak diungkit itu bukan sejarah namanya, dan bila diubah2 cerita untuk nmpk lagi best tu baru penyelewengan sejarah.

Secara keseluruhannya, sebenarnya setiap org ada reason sndiri untuk halang or sokong drama ni. Ada betulnya alasan2 yg diberi, cuma yg buat saya geram bila kata2 yg disampaikan sngtlah kasar seperti 'astro bodoh' dan sebagainya. Kalau tak puas hati sepatutnya kita suarakan dgn pendapat2 dan hujah2 yg mana kita rasa ianya betul. Orang nak sokong tak nak sokong belakang cerita. Untuk ulas balik hujah saya, setiap org sepatutnya buka minda supaya lebih bijak menilai, apa yg patut kita contohi daripada drama ni dan apa yg patut dijadikan iktibar dlm hidup.
Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai macam mana. Semua yg saya katakn tak semuanya betul juga, mmg tak boleh nak nafikan lah kalau movie sejarah mesti ada ubah2 sikit sebab nak jalan cerita lagi seronok. Sama juga cerita rakyat 'Bawang Merah Bawang Putih' ada yg kata B.Merah jahat tapi ada jgk yg anggap B.putih jahat. Tapi saya boleh jamin drama ni 70% betul selebihnya terserah. Biasalah nk menyedapkan cerita.

Yg silapnya cerita ni cuma terlalu ikut fantasi2 barat sprti adegan  cium, seks yg terangan(tu klau tengok kat youtubelah) kalau saya duduk turki pun saya minta di potong scene tu. Tapi bila drama ni masuk Malaysia mmg scene yg trlalu expose tu telah dipotong pon.

Akhir kata, Harap ampun andai trkasar bahasa, terguris hati. Sesungguhnya yg baik itu dtg daripada Allah, yg buruk itu dtg drpd saya. 
Assalamualaikum..

No comments:

@anaj.oscar

@way2themes