NASIHAT Tidak Menyebelahi Sesiapa - CLICHE THING

Sunday, 8 April 2018

NASIHAT Tidak Menyebelahi Sesiapa

Pernah tak korang terfikir benda ni? Kenapa nasihat tak pernah sebelahkan kita, kenapa mesti bertentangan dengan perasaan kita.. Kenapa dan kenapa?

Kadang2 rasa macam malas nak mintak nasihat orang, sebab kita rasa mereka tak faham kita. Salah tu, sebenarnya kita yang sentiasa rasa kita betul,kita baik orang jahat.

Tujuan nasihat atau segala kata2 hikmah yang korang dengar sebenarnya bertujuan untuk membetulkan diri sendiri, sedar akan kekurangan diri, dan tidak memandang remeh terhadap orang lain.



SIAPA CAKAP NASIHAT ASYIK SEBELAHKAN PIHAK YANG LAIN SAHAJA?
Lihat situasi ini:
Ali seorang yang malas solat, menasihati Abu untuk menunaikan solat.

Abu akan terfikir macam ni "dia sendiri tak solat nak nasihatkan orang konon,hipokrit"
Maka dtng kata2 nasihat dari org ketiga macam ni "Jangan pandang pada perbuatan buruk mereka, tetapi pandang/ikutlah perbuatan baik yang mereka suruh lakukan, apa jua perbuatan buruk itu, ianya antara mereka dan tuhan" 

Bila si Ali merasakan nasihat menyebelahinya, muncul pula kata2 seperti ini "Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" dan juga ini "Sebelum kita ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu" 

See? Nasihat tak pernah sebelahi sesiapa, Tujuan nasihat as i said, nak ubah persepsi negetif kita terhadap sesuatu perkara, nak sedarkan kekurangan diri sendiri, nak buang ego dalam diri..

Ego yang macam mana? Ego yang macam ni:
Ali: Walaupun aku tak solat, tapi aku nasihatkan orang supaya solat (yes he didn't said but deep in his heart dah terdetik dalam diri die bahwa dia ni baik orangnya)

Abu: Walaupun aku tak solat, tapi aku tak Hipokrit macam dia tu (still he think he better than Ali)

Ingatlah kawan2...
Saidatina Aisyah (R.A) Pernah Ditanya,
"Bilakah Seorang Manusia Mula Menjadi Jahat?"
Jawabnya,
"BILA DIA MULA RASA DIRINYA BAIK"

Wallahualam, Sama-sama kita baiki diri supaya sentiasa positif dalam apa jua nasihat yang kita terima.....
Dan ingatlah jua bahawa...

1 comment:

@anaj.oscar

@way2themes