Netizen Ketagihan Media Sosial - CLICHE THING

Sunday, 6 May 2018

Netizen Ketagihan Media Sosial

Yuhuuu..guys semalam aku layan MyDoctors Ep11.  Dalam beberapa segmen tu, aku tertarik dengan segmen first yg membincangkan tentang Penyelakuan Manusia which is Tabiat dan Ketagih.

Firstly, aku layan mydoctors? Thats super not me, tapi tajuk Ep11 aku suka sebab ianya more on psikologi. Secondly, korang pernah dengar ke tak rancangan kesihatan ni?

Ni ha doktor viral tu...

Okay back to main topic, apa yang buat aku tertarik adalah kerana mereka memfokuskan Ketagihan itu pada Ketagihan kepada Media Sosial. Sebab memang dah jelas masyarakat Malaysia ni memang ketagih dengan Media Sosial. Satu hari kalau tak on Instagram tak boleh, tak on Facebook rasa tak lengkap, tak tweet kat twitter rasa risau hilang follower, tak shake kat wechat rasa sunyi...hmm macam2 lagi media sosial yg orang kita guna kann..

So nak dijadikan Cerita, aku buat uji kaji atau sebenarnya more on cabar diri sendiri, sebab aku ni kategori Ketagih Instagram. Hari2 mesti on. Paling lama tak on pun maybe 2 hari. So aku cabar untuk tak on atau sign in apa2 acc social media aku selama 2 minggu. This happened before aku tengok MyDoctors tu.

Habis Challenge aku nak buat entri psl bnda tu, kebetulan semalam MyDoctors bincang tentang perkara negetif media sosial ni kepada orang ramai. Dan reason2 tu jugak yang menjadi punca kenapa aku challenge diri sendiri...

REASON ATAU PERKARA NEGETIF.

1. Buat Diri Rasa Tak Bersyukur, Rendah Diri Dan Always Ask WHY?

Aiseh...orang kaya ni..

    Usually kita memang follow 'orang2 kaya' ni, sebab kononnya kagum or 'bestnye tengok style die' konon admire, idola. Kalau follow jutawan, suka tengok kalau dorang memcapub rumah bagai istana, porch bagai kedai kereta, travel guna private jet..
That things yang buat korang rasa 'kenapa dorang kaya aku tak, kenapa dorang boleh memiliki semua perkara tu tapi aku tak?' Seriously,,this things can lead you to Depression..

Tak caya? Mungkin sbb mereka bukan sesiapa bagi kita, tapi how bout your own friends yang loaded2 sekalian...'apsal Family si fulan kaya, every weekend hang out, travel oversea...aku pulak tak dapat semua tu' Jealous right? Tipulah kalau korang tak pernah rasa...

Imagine it kawan korang post gambar ni..huhu sedeyh..

Apa yang aku buat adalah to give a rest for my feelings. Kesian perasaan kau asyik dirobek-robek dek kerana kawan payung gambar dia kat New York, gambar dapat kereta baru, gambar baru lepas shopping..

2. Akan Ada Yang Sakit Hati..

    Nampak macam lebih kurang dengan yang atas, sebab berkenaan perasaan jugak. Okay, macam ni, actually this is not the first time i'm doing this challenge, but second time. First time aku buat masa January. One of the reason why i love this challenge is kau tak jumpa orang, kau tak kan bergaduh, takkan ada salah faham maka tak kan ada yg sakit hati. Know what, after i finish the first one aku get into social life again tapi lepas tu aku bergaduh dengan orang....

Bila aku mula komunikasi dengan Homosapiens, masalah baru datang. Korang perasan tak yang 'banyak'(bukan semua) masalah kita timbul yang melibatkan Homosapiens? Yeahhh thats it!!

Kalau tak pun, kadang tu mulut kita sendiri masalah. Mungkin kita memang jenis yang mulut laser. Bila bercakap mesti buat org sakit hati. So apa yang aku buat adalah untuk mengelakkan diri drpd masalah atau sumpah serana dari kawan2 aku kalau selama ni perbualan chat atau komen2 aku menyakitkan hati mereka...

Taktau lah betul ke idok, yg pasti nilah contoh ayat yg boleh menyakitkwn hati orang kat media sosial


3. Hidup Dalam Kepura-puraan..

     Yup! Korang sedar tak sometime korang tangkap gambar dengan kereta BMW padahal jumpa tepi jalanraya je. Buat story video makanan dalam periuk tengah rebus padahal Mak korang yang sedang masak, Hantar perbualan chat dengan pakwe padahal Fake Chat Whatsapp..

Wow!! Seronok ye makan bersuap haha

Kau hado ke girlfriend cam dia ni hahahaha

Untuk apa semua tu? Ye pura-pura untuk tunjuk kat Followers what a great life you have. Nak tunjuk yang hidup korang ni fun. Nak tunjuk yang korang ni berbakat, nak tunjuk kemewahan yg ekceli sebaliknya dan kadang nak buat orang puji kau atau ada  yang niat nak buat orang lain jealous. Dalam erti kata lain 'Kau ingt life kau je fun? Hidup macam orang kaya? Aku punya life lagi fun.'

Apa yang aku cuba buat adalah untuk stop seketika daripada ke'fake'an yang selama ni aku cipta...memang terserlah aku menulis melalui pengalaman, i tell you guys sebab aku sedar aku buat...Thats why please give yourself a rest, kalau tangan badan korang boleh bercakap mesti mereka cakap betapa kecewanya mereka dgn kau yang tak boleh terima realiti kehidupan korang yang sebenarnya korang ni gemuk/hitam tapi post gambar tetiba cerah kulit licin dan kurus plus ada shape lagi...

4. Proud Parents And Oversharer..

     Kewujudan mereka yang digelar Proud Parents dan Oversharer ni amat menjengkelkan sebanarnya. Perasaan menyampah mesti timbul bila nampak gambar dia kat  Instagram, Status dia kat Facebook,tweet dia yang nonsense, bahasa wicet die yang melampau sangat...

Maaf retis, aku cuma tertarik dengan hashtag #9A tu...

Aku pun turut menyampah, 'Tahniah anak saya 9A+'. Tak salah nak share kegembiraan, tapi cukup sekadar 'Tahniah Anakku yang Cemerlang dalam exam'..itu pun dah mampu buat orang lain jealous dgn kau dah. Cukup lah tu. Lain2 proud parents ni selalu post gambar anak kecil 'baby-2 tahun' setiap hari kalau boleh setiap 2-3 jam post kat story...

Konon anak dia lah paling comel, kecil2 dah pandai buat itu ini. Ada yang proud parents tunjuk pada netizen macam mana dia didik anak supaya jangan beri muka sangat bila anak buat salah kena rotan. Salahnya parents ni, post gambar atau video anak dirotan. Aiyoyo salahkah kalau simpan senyap2 kat rumah je? Sebab,, kau akan ganggu mental budak tu, dia rasa malu sebab kena rotan, kalau kawan2 dia nampak video tu, pastu ejek2 dia dekat sekolah...hmmmm...

Next is OverSharer,...pun menyampah dengan makhluk macam ni, terlalu banyak perkara dia nak share, yang penting yang tak penting suma ada. Contoh 'Selamat pagi breakfast jom'. Tengahari nanti 'Selamat Tengahari lunch apa tu?'. Bila Maghrib 'Salam Maghrib semua'. Setiap waktu pulak dia nak wish. Kalau sekali sekala tak apa, kalau setiap hari macam tu? Alahai macam kesunyian je.

Satu lagi kes dimana ada disebutkan di MyDoctors tentang OverSharer jenis yang sentiasa upload gambar perkara yang dia sedang buat. -post gambar kicap- 'baru lepas beli kicap', -post gambar toilet- 'Nak mandi dulu,dah busyuk dah ni'...Alhamdulillah sedar pun diri tu busuk...



5. Gosip Murahan Dan Mahalan..

     Gosip patutnya aku letak pada list No.1 kan?? Memang terlalu banyak gosip-gosip Murahan dan Mahalan kat media sosial sekarang ni. Sebab negara kita kini dilanda musim Mak Cik Bawang!!! Mak Cik Bawang Pro, Mak Cik Bawang Amateur, Mak cik Bawang Junior, Senior, Part time semua ada. Dan gosip paling hangat ofcourse gosip Artis..

Yang mana satu korang? Haha

Sememangnya depends kepada siapa yang kita follow, tapi macam Aku sendiri tak ramai artis yg aku follow tapi gosip artis lain semua keluar kat feed jugak. Dan macam tajuk aku bukan fokus kepada Instagram dan Facebook sahaja malah media sosial yang lain jugak.

Macam forum, dulu aku sangkakan forum adalah tempat ilmiah, para intelektual bertukar-tukar pendapat. Tapi sangkaan aku meleset, dua bulan aku aktif berforum akhirnya aku mengalah sebab hati jiwa dan raga aku sakit sebab everytime aku on je, thread yang keluar adalah tentang artis.

'Artis itu ini blablabla'. Dan tukang komen a.k.a Keyboard Warrior mereka sangat awesome rasa boleh dapat anugerah 'Nerda Yang Kau Sanjung Lebih Teruk Daripada Makcik Bawang Sebelah Rumah'. Kenapa aku cakap Nerda? Sebab majoriti Forumer adalah mereka dari golongan Intelektual, kerja bagus macam Engineer, Doktor, Lawyer, Pensyarah, Penganalisis blablabla..Aiseh bukan aku nak kutuk golongan macam ni, just majoriti kat forum tu golongan itu lah...

Dan kenapa aku sakit hati sangat? Okay aku layan gosip sikit, tapi kat forum tu ibarat the biggest gosip place ever. Makcik Bawang sume kumpul kat situ. Gosip yang kau takkan jumpa dekat Medium lain pun ada. Gosip artis lama pun ada. Cth: Artis update status 'Aku dah lama sabar dengan kau ni, sikit hari lagi kau tengok apa aku buat' pastu akn ada forumer bukak thread pasal ni dengan tajuk 'Dengan siapakah Artis A Bergaduh?'. Sat gi berpuluh2 beratus2 beribu2 orang komen 'Artis S kut' 'Rasanya Artis Z,sbb Artis Z pun tengah marah someone sekarang ni'....blablabla betapa banyak fitnah kat situ hmmm...


Contoh2 gosip harini, hebat bukan? Banyak je lagi yang aku tak SS..


6. Punca Poket Kering Dan Perut Memboroi..

      Bila wujudnya media sosial maka wujud pula dunia tanpa sempadan, Muncul pula istilah 'Semuanya Di Hujung Jari Anda', selepas tu makin rancak menjadi 'Tular' a.k.a 'Viral'..

Maka bermulalah revolusi seorang Peniaga yang moden dengan mencipta istilah 'Online Business'. Dengan teknik Marketing yang hebat beserta Kuasa Viral yang awesome maka hancurlah segala harapan korang nak menyimpan duit untuk itu dan ini sebab asyik terpengaruh je dengan iklan2 produk..

Memanglah kalau ikutkan masalah diri sendiri yang boros dan takreti kawal diri. Tapi punca penyakit boros ni menjadi-jadi sampai tak sedar diri sebab Iklan yang terlalu menggoda di sosial media jugak. Nak2 pulak tengok kawan dah beli  pastu post gambar dengan caption 'saya dah beli,anda bila lagi?', 'tak menyesal beli,best gila,korang kena try'...

Kalau makanan lagi parah, yang ni bab Perut Memboroi. Asyik2 tengok gambar orang jual makanan sedap. Kawan kau dah beli siap post gambar dengan caption 'sumpah sedap weiii!!', 'Yummy gila, tekstur die lembut bila rasa je feeling nak nangis pun ada sebab sedap sangat'. Lama-lama korang pun terpedaya dan beli dan makan bnyk2..

Hari2 tengok gambar cenggini boleh nangis kempunan wei...

Perghh..terliur tak? Hehehe..

Ada satu orang ni dia jual Jagung Cheese kat Facebook. Aku punya terliur. Dah lama teringin tapi hanya mampu kempunan sebab kedai dia nun jauh di Kedah..
#SosialMediaPuncaKempunan hahaha...

7. Manusia Narcissist...

Narcissist? Apa tu? Okay bahasa mudah dia orang yang suka atau admire diri dia sendiri. Ini boleh aku katakan Gabungan untuk golongan 'Hidup dalam Kepura-puraan, OverSharer dan Proud Parents'... Sebab aku dah penat nak menulis, so aku SS Artikel tentang Narcissist yang aku jumpa kat Blog Vocket.



Adakah aku seorang Narcissist? Boleh jadi jugak. Aku pun tak sempurna, aku pun hidup dalam kepura-puraan untuk menunjuk especially kat Instagram...

 Yang kenal aku kat Instagram,Facebook,Twitter dan dalam dunia realiti,mereka akan tahu siapa aku sebenarnya, macam mana aku sebenarnya...tak seperti di media sosial, karakter aku di setiap medium berlainan... Instagram tempat sharing aktiviti harian yg kepura-puraan, Facebook tempat acah ku berdakwah, twitter tempat meluah perasaan..

dan realiti aku bukanlah sesiapa yang istimewa, hanya orang biasa yang hidup untuk mencari bahagia tetapi digelapkan oleh media sosial yang tiada makna...

Pergh ayat aku...hahaha so apa yang aku cuba buat adalah mungkin berhenti seketika daripada sikap Narcissist jika benar aku narcissist...dan jika kau yang begitu maka aku cuma perlu berehat daripada melihat perangai org narcissist  yang menjadi parasit dalam dunia media sosial....

Kenapa aku cakap parasit? Sebab biasa Narcissist kat Instagram, dengan bangganya post gambar selfie dia. Kalau ada 10 keping gambar, kesemuanya gambar selfie dengan pelbagai gaya...erghhh sesak dada aku melihatnya...

Huntung mat nigga jadi model dalam blog aku yer hahaha..

Akhir kata,sekian sahaja penulisan aku tentang Negetif di Media Sosial dan kenapa aku berhenti seketika dari dunia Media Sosial dengan Mencabar Diri Sendiri atau aku namakan ia sebagai #RestFromMediaSocialChallenge
 atau #2WeeksWithoutMediaSocialChallenge atau #AWhileMissingChallenge

Andai ada yang terasa tersentap aku minta maaf lah yer..korang boleh anggap penulisan ini cuma ulasan atau kritikan daripada aku untuk aku juga, atau nasihat daripada aku untuk kamu orang supaya berhenti seketika dari dunia media sosial jika kamu orang memang ketagih macam aku. Rehatkan diri sementara waktu. Give yourself a space.


Assalamualaikum...

1 comment:

  1. Aku stalk fb kau, yg acah berdakwah tu betul kut hahahaha tapi aku suka baca..

    ReplyDelete

@anaj.oscar

@way2themes