CLICHE THING

Saturday, 24 March 2018

Raver Kenduri Kahwin Atau Hilangnya Pisang Goreng? (Bedah Siasat Warisan Yg Tercemar)
22:450 Comments
Assalamualaikum gaiss! Chek tiba-tiba jadi rajin nak update blog Minggu ni. Rasa macam mencurah-curah idea. Tangan asyik gatal ja nak menaip, membahas, menyentapkan, dan membawang isu-isu semasa yg mantop@viral kat sosial media ni...

So seperti tajuk kita hari ni, Bedah Siasat Warisan yg Tercemar, korang setuju dak this things makin menjadi-jadi kat kalangan masyarakat kita? Tak payah jawab, i know the answer olledi kihkihkih..

Isu Viral tentang RAVER DI KENDURI KAHWIN

Tu den belanja gambaq(kecelaruan identiti loghat be like😂). Pasai ni lah kecoh kena kutuk sbb tak ikut adat. Yalah biasa kan org persembahkan silat, hat ni pi kasi tarian 'SOTONG' pulak. Memang ramai para penyanjung adat sekalian terkesan dengan perbuatan anak muda a.k.a BBNU zaman sekarang ni.

Hendaknya pulak pasangan pengantin tu budak muda lagi, memang layan kan aja, 'for fun onlik'. But for me lah, for fun yg berlebih2 nih..Bukan apa, kita tak nak buruk sangka tapi mmg zaman sekarang ni orang kejar Fofuleriti bak hangg..Zaman Viral ni, hampa buat perangai pelik sikit dah kecoh satu Malaysia. Betul dak?

Masalahnya, Viral tu benda tak baik buat apa, lagha ja lebih, sat gi esok lusa ada pulak kenduri kahwin ada pengantin BerBREAKDANCE, kalau dah mcm tu awat tak buat kenduri kat Zouk ja? Ahahaha..
Den sendiri pun ada belajar raver dari junior den, tapi takda nak nari Raver kek umum, simpan sendiri buat melepas stress tu cukuplah...

Tak mau lah nak bidas lebih, nanti hari kahwin den, macam mana rupa pun tak taulah, harap terhindar dari perkara gini..
Bukan apa, nak pertahankan adat2 ni pun bukan suma betul pun. Contohnya acara tepung tawar tu, or bersanding tu ke kann..
So secara jujurnya den tak terkesan sangat dgn budak RAVER KAT KENDURI KAHWIN, biaq pi la depa asal kita tak buat pepelik..

TAPI HAT NI MMG CHEK TERASA SANGAT..
HILANGNYA PISANG GORENG ORIGINAL

Tengok i tepek gambar pisang goreng jaman cekarang tuh. Yes!! Itu pisang goreng lah hakak2 abg2 otai2 sekalian. Meriah Bukan? Hahaha😂. Ekceli den tak kisah pun nak bubuh cheese ka, kentang ka sos spaghetti ka, buatlah apa pun asalkn makanan tu sodap. Sebabnya den ni suko makanan, kalau org dok buat pembaharuan itu ini maka bervariasilah makanan kita kann, macam2 pilihan ada, wah Malaysia Syurga Makanan!!..

Tapi yang buat den kecewa bila terjadinya satu kejadian dimana den yg lalui benda ni. Alkisah dia 4 hari yang lepas, ada sorang budak ni dia pi kasi den pisang goreng. Jujur den kobar kan, den taklah minat sangat pisang goreng ni, beshe2 je. Tpi yg budak tu kasi mmg sedap, manis den pun boleh tergoda hahaha, so den tanya la budak tu 'beli kat mana dek?' 'tak tau ayah yg beli, tak sedap lah, takda CHEESE makan dgn susu pun tak sedap'

Den be like '😨, omang aii budak kocik jaman cekarang ni!, Lahir kat London' bebudak kecik ni rasakan yg asalkn pisang goreng tu kena ada cheese, kononnya cheese MEMANG Resepi diaa, depa tak tau ka pisang goreng original tu apa? Ini baru betul hilangnya warisan kita, sedih sngt lah rasa, sebab kita buat resepi baru tu tujuan nak variasikan makanan tapi kalau yg Ori dah dilupakan...sayang seribu kali sayang lah...😢(turut berasa sedih, seperti sedihnya pisang goreng original tu, hukhuk)

Ekceli lah, bagi den kan, boleh ja kalau makanan tu diubah2 sebab nak ikut citarasa tempatan, contohnya kalau nk jual pisang goreng kat London, omputeh ni pulak suka cheese apa salahnya kan? Mcam lah kita tak buat, spaghetti Malaysian Version pun diubah2 sbb nk ikut selera orang kita, tapi kalau jual kat negara sendiri pastu sampai hilang warisan kita, taktaulah nak ckp apa lagi, takdo pulak den dongar omputeh buek resepi SPAGHETTI DURIAN ke, CHURROS BELACAN ke, MACARONI TEMPOYAK ke, halamak laku ke nanti ahahaha ehh belum cuba belum tahu😎..

So, kesimpulan dia kat sini, yang kes no.1 tu, nak ber'have fun' pun berpada2 lah. Kena tengok keadaan bila masa yg sesuai korang nk bwk trend tu, kalau dah bertentang dgn adat kononnya 'kami generasi milennia' sorry to say hang pindah lah negara yg lebih millenia yg lebih open minded. Korang kena jaga perasaan mereka2 kaum tua2 sekalian yang nk jaga kesucian adat dan warisan depa. Hormat sikit. Lagik2 benda lagha camtu(amboih mcm aku tak buat lak kan haha)...

Pastu pasai kes Pisang Goreng tu, weii den mintak sangat2 kat hakak2 abg2 yg dah ada anak tu, sama2 la kita ajar depa supaya syng dekat makanan warisan kita, jangan kasi tercemar dgn modenisasi yg dilakukan, didik depa dari awai, lagik pun tau ja lah pisang goreng original lagi murah what banding dgn yg lain tu, haaa hampa boleh jimat duit kut..mmg tak pelik lah org kata sekarang ni susah nk hidup gaji tak bosar tapi makanan mahal, ofcourse lah kalau bahan nak buat tu pun mahal ya dak?

Faham jelah org Mesia ni kalau tak CHEESE Mesti SERBUK OREO kan? Ahahahaha..

Okay itu sahaja daripada acik bawang hari ni, fikir2 kan lah, renung2 kan lah, kalau pendapat tak sama harap maaf lah ya...
P/s maaflah pasal kecelaruan identiti loghat dalam entri kali ni, den pun poning baca hahaha
Okay, bye Assalmualaikum..😉
Reading Time:

Friday, 23 March 2018

Pengalaman Kemurungan (Depression) Seorang Remaja
05:240 Comments
Yasssss New Entry...I terdetik nak sharing this story kat korang. Maybe this story like typically yang korang pernah dengar but this is my version of Depression. Firstly this happened to me about 2 months and a half ago on January.

INTRO BAGAIMANA IANYA BERMULA...
This happened selepas I habis SPM, which is duduk rumah tak kerja and everything. Masa ni I agak frust sedikit sebab Ibu dah janji nak kasi I kerja tapi end up tak boleh walaupun i dpt offer kerja jadi cashier dekat Jakel. So bermula dgn...Frust!

DILEMMA NAK MOVE ON
Seperti yg ditulis, actully i ada suka dekat this one boy since dulu lagi, i jadi tak suka nk layan perasaan tu lama2 sbb rasa mcm buang masa n klau2 tetiba dpt news dia nak tunang kan bertambah frust nnti(dia lgi tua dri i). So i decide nk move on, maka segala acc social media dia i unfollow. Weii time ni sakit sngt2 sbb rindu semua i rasa. Sedih ofcourse lahh kann..

PROBLEM LAIN DATANG MENYINGGAH
Nak story detail agak susah lah, secara randomnya i kecewa sbb semua yg i rancang tak jadi, mcm kes nk kerja tu, i nk kumpul duit, pstu nk pergi holiday dgn kawan2 next is nk produk kecantikan(biasalah girl kan). Tapi tak dpt. Psl lesen pulak, my mom dah janji tpi end up tak dpt jgk sbb financial problem. Bukan i tanak faham cuma i kecewa yang dirancang semua tak jadi.

PARANOID DAN ANXIETY
I mula rasa paranoid dgn future i, sebab bila i pandang belakang(life i selama ni) penuh dgn kegagalan, yg i rancang semua tak jadi, i jadi risau kalau2 i tak dpt capai impian i. Sebab i ni jenis yang cita2 sangat tinggi. I jadi lemah semangat nak2 pulak hari2 i dengar mak complain i duduk rumah tak guna pun. Tak menolong langsung. I mean weii pagi2 i bangun basuh pinggan kemas rumah menyapu macam2 lah i buat, just kdg2 i terlupa something yg kecik habes kena bebel.  I ni mls nk backup diri nnti kena bebel lagi panjang...

TIADA TEMPAT MENGADU
Yee i sedih sngt dgn apa yg berlaku, kecewa, sedih nk move on, risau dgn future, gaduh dgn mak i almost everyday, i jadi stress tapi i tak ada tempat mengadu sebabnya i ni dulu duduk hostel for 5 years. Mmg my life dgn kawan2 suma problem mmg story dkat kawan je. Komunikasi dgn parent mmg K.O. boleh je nk chat share masalah tapi tak sama dgn jumpa depan2 kan. Kenapa i tak hang out dgn dorang? Again financial problem, duit belanja i habis i kasi kat parent untuk keperluan something2, takpalah bukannya bnyk pun tapi still duit i dah habis semuanya...

NI KLIMAKS OF MY STORY...
Maka bermulalah sesi nangis sorang2 dlm bilik, nangis tanpa sebab, berkurung dalam bilik,, taknak jumpa dengan siapa2 pun, tanak ckp dengan siapa2, jantung pam laju je sentiasa, always rasa risau, tangan menggeletar, makan pun dalam bilik, menjadi seorang anti-social, Insomnia Kronik, mmg kdg2 dua tiga hari seminggu i mmg tak tidur langsung, maka tengoklah tinggap ke luar rumah dari pukul 6.30 pagi sampai lah naik matahari..

Bangun pagi mmg sakit2 badan, otot semua sakit, pening kepala, mata bengkak, tapi i buat jugak homework sbb tanak ckp kat parent yg i sakit nnti kena bnyk soal. Bila ayah i balik lunch, i terus masuk bilik. Sebab tulah tak jumpa dan tak bercakap. Sampai i pernah hampir nk cederakan diri mcm tumbuk dinding smpai berdarah tangan ke tumbuk cermin smpai pecah ke. Iman je yg ada time tu. And this happen about 2 weeks and a half..
Macam ni lah rupa i masa depress tu T.T

MACAM MANA I SURVIVE???
Actually i bersyukur sbb i mmg biasa advice org lain yg ada masalah(ni bukan puji eh ni share cite je, hehe), makanya i selalu advice myself supaya kuatkan semangat, sentiasa positif dan bersangka baik dgn ketentuan Tuhan, bersabar, sentiasa fikir kegagalan hari ini sebenar membuatkan kita lebih kuat menempuh cabaran di masa depan. Yess nk dpt kan semangat balik bukan mudah its take time..

Selain tu, i story tu my bestfriend yg sngt2 dipercayai, dan dia advice i panjang berjela2, dia puji i kata i ni org yg hebat selalu bagi inspirasi kat org blablabla supaya i dpt balik my confident nk capai impian dan cita2 i yg tinggi yg amat tu ahahahahaha...

Lain2 tu, bila i dh sihat sikit i confess kat satu forum ni, story everything yg selama ni i pendam, segala masalah i, tak kira lah kisah crush ke kisah masalah kewangan ke semualah, dan kat situ ramai akak2 dan abg2 yg baik hati komen bagi kata2 semangat. Its really work actually...
Mmg lega dpt luahkan...

MY LIFE AFTER THAT...
Kepada yg sangka i dah sihat sepenuhnya, nope. I cuma bgitau my bestfriend yg i dah okay sbb i tanak risaukan dia. Yes, i dah boleh jalani life mcm org lain, i boleh brckp dgn org, i boleh ketawa, buat lawak, i tak pura2 pun when this happen..

Malah i got this strange Overly Confident yg i rasa tak pernah wujud dlm diri i. Dulu jenis yg pendiam yg amat bila dgn org yg i tak biasa tapi sekarang there is improvement kut boleh sembang2 sikit, setiap perbuatan i, seolah2 i mcm tak kisah org ckp apa dah, pelik tpi itu yg brlaku...

Doakan i cepat sembuh supaya boleh jadi somebody yg cool giler mcm dulu-dulu..hehehe...
Reading Time:

Monday, 19 February 2018

Berbaloi Ke Kongsi Masalah Di Forum?
06:250 Comments
Hai readers...So this is Tajuk Random yg I choose memandangkan dah lama tak update. Bila rajin dah mai, cepat2 lah I bukak Blog ni ha.



So, berbaloi ke share masalah kat Forum ni? Hmmm, pengalaman i sendirilah..Kind of Worth It lah. Mcm I share masalah 'Kekeluargaan dan Kewangan'. So 2 weeks after I update memang agak ramai views 1000++. Yg komen tak ada lah ramai sngt. Tapi its better sbb klau ramai yg komen pon kdg2 menyakitkan hati je.

Uolls kena faham satu benda bila melibatkan 'Forum'. Ia terdiri drpd pelbagai jenis 'kepala otak, pemikiran dan pendapat'. Kalau Uolls expect everyone boleh terima masalah You, sorry to say dalam angan2. Mesti ada aje yg tak puas hati dgn you.

So, korang kena jadi betul2 natural, bila org komen baik beri nasihat, reply lah thanks ke apa ke. Tpi kalau org mencarut2 cari pasal dgn you, jgn cepat melatah, kena banyak2 bersabar. I pon kena jgk, bila share masalah kewangan ada yg komen 'eleh, mslah kau kecik je wei, nk besar2 kan, org lain masalah lagi besar'. Ikut kan hati nak je ditampar2 nya muka org tu. Tapi,,,,, SABAR. Biarlah org nk ckp apa.
 As long as kita tahu, kita just nk luahkan masalah dan nk support dri org ramai.

Netizen ni bila dpt geng habis la korang kalau cari pasal. Thats why better tutup mulut je. And enjoy the game. Bhahahaha. Dekat Forum ni jugak, kebanyakkannya org tua2, I means 30++ ataupon hujung 20-an... So kalau nak ajak bincang kes remaja ni dorang agak sensitif sikit sbb bagi dorang, budak muda tak matang lagi. So korang kena jadi mature sikit bila join Forum.

Pengalaman I, setakat ni lah, semua Forum yg  i create tak ada satu pon yg tak kena hentam. Ada je yang tak kena di mata sesetengah Netizen ni. Walaupon korang just mintak pendapat pon korang di judge or dilabel 'Suka Membandingkan org'. Kalau dpt yg sporting dan sentiasa positif Untunglah korang.

Lain Site Forum lain lah sistem nya. Mcm site i ada level,  pelik pada mulanya tapi tu yg menunjukkan you ni Senior ke Junior kat Forum tu. Hmmmm kalau you ni takat Level 1-2-3 or maybe 4 you masih lgi 'masih berjinak2, belum pro lgi'...bila create Forum baru tu yg kena hentam lah or dilayan 'unmaturedly' bhahahahaha.. Cer korang tengok Forum dari mereka yg Level 21, ada org berani nk hentam ke?? (Kecuali lah memang jenis mulut puaka)

Mulut Puaka ni memang wujud dekat Forum. Biasanya dorang ni tak pernah create Forum sendiri, kerja dorang meng'komen' Forum org lain dan matlamat dorang nk menyakitkan hati sahaja. So kalau Uools kena carut, pegi check profile org tu, tengok komen2 dia dekat Forum org lain, kalau dia pon carut2 dgn forum org lain tu, So tak payahlah korang ambil hati sngt. Dah mulut Puaka nak buat macam mana lagi kan......

Last but not least, kebaikan dia Uols akn jadi lebih open minded sbb dah biasa dengar pendapat org lain, MNext is, Penyabar sbb dah biasa kena kutuk @hentam, Korang akan lebih termotivasi Kalau2 ada Forumer yg Advice baik2. You jugak boleh jadi lebih social(penting untuk mereka yg introvert). Andddddd.....alang2 tu korang akan sentiasa ter Update dgn Isu Isu Semasa(wlaupon lebih pd gosip artis tempatan) tapi still sesuai kalau Uolls yg jenis tak tengok TV kat rumah tu. Oh satu lagi, boleh cari kawan baru @ehem2 Bhahahahahahaha...gurau je....

So, Good Luck kpd Bakal2 Forumer di Luar Sana..... :D
Reading Time:

Friday, 1 December 2017

Pengalaman SPM 2017
07:25 3 Comments


Assalamualaikum kepada semua pembaca. Entri kali ni simple sebab saya nak share pengalaman saya sepanjang SPM tahun 2017. Maaf tapi panjang sikit.

1. Demam Sebelum SPM
Bermula seminggu sebelum SPM, Ujian pertama dari Allah yg saya terima adalah Demam dan cirit-birit. Dua hari tak dtng sekolah dah memecahkan rekod saya untuk capai kehadiran penuh. Saya masih ingat ketika tu memang tak larat nak bangun sampaikan kawan-kawan saya terpaksa angkat badan saya supaya duduk dan tahan kat belakang supaya tak jatuh.(saya duduk hostel) Itu demam paling teruk pernah saya alami. Kemudian saya mengalami cirit-birit selama seminggu hingga Sabtu sebelum paper BM. Waktu tu memang reda habis dgn Spm.

Apa nk jadi jadilah sbb mmg tak larat nk belajar. Dan saya sedar mungkin ni bukan setakat ujian maybe ni balasan atas apa yg saya dah buat. Masa trial Spm ada seorang classmate saya terpaksa ambil exam menggunakan laptop sbb baru lepas excident dan tangan dia patah. So masa tu saya ada beritahu kawan yg lain 'maybe tu balasan sbb dulu cikgu pernah cerita kat kelas yg last year ada student excident naik motor so ambil exam guna laptop pastu dia gelakkan' dan mungkin sbb saya bukak aib org, its happen to me back. Allah tu maha Besar.

2. First Week Exam Yang Broken
Minggu pertama macam biasa lah Paper BM BI dan SEJ. BM tu memang reda habis tapi bila sampai exam BI first thing dalam minda time tu 'aku kena skor kat essay' sebab gred writing tu berguna untuk masa depan. Tapi tak tahu kenapa, selalu exam I hv many ideas to write the essay tapi masa Spm tetiba lost. Tak Ada Idea langsung. Tetiba dtng idea last minute dan time tu lah tinggal 10 minit je. Reda reda dan reda jelah. Paper SEJ adalah paper yg saya target A. Masa balik dri skolah kawan2 semua check jwpn objektif. Semua markah tinggi2. So kita pon mestilah expect kita tinggi tpi hasilnya hampehhh. Teruk sngt2.

3. Addmath Yang Mendukacitakan
Saya rasa kisah Addmath yang susah ni memang dah tersebar satu Malaysia. Dengan Erica punya problem, Mira punya Silinder. Macam2 soalan pelik. Secara jujurnya I'm super broken with Addmath sebab tak pernah lulus sepanjang 2 tahun belajar. Saya baru dapat semangat nak belajar lepas kena marah dekat bilik guru pasal result Mid Year Addmath yg teruk. Masa tu memang push hard sampai minat kat Addmath. Walaupun trial still Failed tpi perubahan markah yg ketara tetap bakar semangat saya. Tapi tak sangka end up Spm dapat soalan yang 'sangatttt awesome'..

4. Pengorbanan Di Balas KFC Yummy..
Ini cerita malam sebelum paper Biologi. Tiba2 cikgu cakap yg cikgu nak buat kelas terakhir untuk pelajar asrama. Saya be like 'what?????' Typically me is study malam sebelum exam, masa tu lah baru nak baca semua Topik. Baru nak khatamkan satu buku yang tebal tu. Petang tu bincang-bincang dgn kawan nak pergi ke tak nak. Semua tak nak pergi tapi time fikir nak jaga hati cikgu. So rancang nk pergi 1 jam je tpi end up ke 2 jam setengah sbb memang tak sampai hati nak balik awal.

Cikgu siap belanja KFC sorang dpt dua ketul lagi. Dah lah tengah craving tetiba cikgu belanja. Balik tu terus tidur esok tu bangun pukul 3. Selalu saya bangun pukul 4-4.30 tapi terpaksa bangun awal sbb banyak tak baca lagi. Kuatkan semangat selagi ada masa ikhtiar usaha dan sempat buat solat hajat supaya cukup masa nk habiskan semua topik. Alhamdulillah kuasa Allah. Saya sempat baca semua topik.

5. Parents Tiba2 Rajin Melawat
Apa yang membuat kawan2 saya jealous bila parents saya dtg melawat banyak kali bawak  McD, makanan lah macam2. Sorang kawan saya cakap 'selalu pulak mak kau datang melawat time Spm ni' semua org perasan perubahan ketara ni. Dan ada kawan saya cakap 'tengok mak kau sayangkan kau, org lain mak tak dtng pon'.

6. Jampi Apa Kau Berikan?
Kawan saya ada bagi satu ayat Al-Quran ni. Dia cakap masa masuk dewan baca, masa tengah blank baca. So saya Hafalkan maksudnya sekali. Saya amalkan pada setiap exam. Sehinggalah suatu ketika bila saya baca catatan kawan saya, dia ada tulis ayat yang dia bagi tu. So bila saya baca rupa-rupanya selama ni saya tersalah pada hujung ayat. Sepatutnya 'Mubina' tapi saya baca 'Rubina'. Dalam hati mmg Istighfar bnyk. Satu je saya harap that things tak pengaruh my exam.

7. Sindrom Last Paper Yang Sangat Teruk
Mlm terakhir sebelum habis exam saya mengalami Sindrom Last Paper yg sangat teruk. Memang tak nak belajar langsung. Masa tu pulak ada problem sikit baru lepas menangis, dengan keadaan yang mata yang sakit, penglihatan blur2 kepala pening memang lagi buat saya tak nak belajar. Sebab rasa serba salah, jawab la jgk 6 soalan. Pastu terus naik katil tido. Pagi esok tu bangun jgk pukul 4 pagi bace sikit then solat hajat then pergi sekolah jwbexam mcam biasa. Tak pernah sereda ni. Baca 3 Bab je dari 14 bab.Haha.

8. Sujud Syukur Penutup Segalanya
So last paper adalah paper Kimia Kertas 3 . Kalau nak bandingkan Kertas 3 yang lain saya boleh cakap paper kimia lah yang senang. I took 40 minutes to finish then lagi 50 minutes saya busy lukis doraemon la kartun la dekat kertas tambahan. Sekali terkantoi dengan pengawas peperiksaan tu. Nasib dia senyum je. So habis je masa keluar dewan, my classmates and I terus pergi surau dan buat Sujud Syukur. Masa tu feeling MasyaAllah leganya. Bersyukur sangat2 dah habis exam.

KESIMPULAN
So kesimpulannya adalahhhhh....first jaga mulut jangan duk ingat nak cakap pasal orang lain, ingat diri sendiri tu pon tak perfect. Kalau berlaku apa2 just istighfar dan minta di jauhkanberlaku pada kita pulak. Secondly, jangan check jawapan objektif selepas habis exam, sebab klau keputusan teruk nnti bende tu akn buat kita down dan rse broken dan tak semangat dah. Kalau result elok pulak nnti takut kita terlampau yakin, atlast skli bulan tiga kuar result takut tak seperti yg disangkakan parah pulak nnti.

Third, tolong!!  Selagi ada masa datangkan lah minat nak belajar Addmath atau subjek lain. Walaupon kita rasa selamanya kita mmg tak boleh buat percayalah pada diri bahawa practice makes perfect. Its happen to me. Result Trial naik bnyk markah sbb saya push untuk bljr. Bukannya tak boleh tapi sebab sikap give up dari awal tu yg halang kita sebenarnya. Forth, jangan pentingkan diri pada saat2 genting, perasaan cikgu tu penting. Tak kira lah kita dapat baca semua topik ke tapi kalau cikgu terasa dgn kita, apa pon tak jalan. Fifth, jgn cepat assume parents korang tak sayang or tak ambil kisah kat korang, percayalah bila tiba masanya nnti korang sendiri akn nmpk betapa syngnya parents kita kat kita.

Next kalau org bagi ayat2 penenang hati ke, apa ke tolong tengok sendiri baca sendiri bkn dengar org sebut pastu hafal sbb takut kita tersalah dengar. Then, Solat hajat tu penting klau boleh buat setiap hari, minta kat Allah supaya bantu kita nk jawab exam. Lagi2 bila dah kritikal macam kes Kimia saya tu. Lagi satu macam mana nak give up sekali pon tolong kuatkan semangat ikhtiar selagi mampu selagi ada masa gunakan sebaiknya.

Last but notleast, bila kita habis exam jangan busy nk bakar mercun ke bersorak sorak merdeka lah, tapi buatlah sujud syukur sbgai tanda kita bersyukur kepada Allah yg kita dah habis exam dan kita sempat sampai kepenghujungnya. Yelah Ada org tak sempat nk abiskan exam tapi dah pergi tinggalkan kita. So bersyukurlah.
Reading Time:

Sunday, 4 June 2017

Magnificent Century patut di banned atau ditayang?
02:250 Comments
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Sesungguhnya perlulah kita mem'positifkan' minda kita terlebih dahulu agar tiada berlaku ketidakpuashatian dalam diri terhadap nota pendapat yg akan diberi oleh saya.

Berkenaan kisah  yang viral kini iaitu siri drama The Magnificent Century telah di banned atas sebab banyak kontroversi2 dan complain2 dari pelbagai pihak. Dalam masa yang sama ada sesetengah pihak yang melawan dan tidak puas hati kerana menayangkan drama tersebut separuh jalan.

Pada pendapat saya, sebab -sebab yg diberikan untuk menolak drama tersebut daripada ditayangkan ada yang betulnya, tapi ada yang langsung tidak relevan.

 Antara alasan mereka adalah 'pakaian yg digunakn adalah seksi dan tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadhan'. Alasan yg boleh diterima tetapi bila fikir balik, bulan Ramadhan sahajalah yg ptot ditangguhkan bukannya terus di banned. Selain tu bukankah banyak lagi movie atau drama2 lain yg lebih seksi pakaiannya? Ada juga yg menayangkan adegan ciuman secara terangan dan mengapa tidak di banned sekali? Mungkin disebabkan oleh waktu tayangannya pada waktu  berbuka jadi drama ini lebih disedari oleh ramai org. Maka drama inilah yg menjadi mangsa untuk di banned kan.
Saya fikir kalau drama ini ditayang pada jam 11 mlm di saluran tvI pasti tiada kedengaran sebarang komplen. Bagi saya berhentilah kita bertindak sprti ianya salah yg amat, sebab klau korang kata ianya salah, macam mana pula dgn filem-filem Malaysia yg kini bnyk unsur syirik? Ada yg kata 'yg buruk tu jgn ikut, tengok akibat dia pastu jdikan pengajaran'. Eh2 samalah dgn drama Turki ni.

Yang kedua, alasannya 'banyak penyelewengan sejarah'. Okay then tell me the truth. Adakah mereka tahu cerita yang sebenar? Ada yg cakap bahawa Sultan Suleyman yg mereka kenal selama ini cuma 'The Magnificent' yang hebat yang bijak semuanya baik, mana ada Baginda seorang yang kaki perempuan. Ya! Itulah yg didengari oleh masyarakat, sedangkan yang sebenarnya? Disebaliknya? Senang cerita macam ni lah, dulu korang ni jahat, macam2 benda buruk korang buat sampai one day korang insaf berubah berusaha sampai korang berjaya pastu ada org nk buat buku kisah kejayaan korang. Korang rasa perlu ke nak cerita benda buruk yg korang buat? Benda yg dah lalu. Sedangkan motif buku tu ditulis untuk suntik semangat org supaya contohi kejayaan korang. Samalah dalam kes ni, semua yg buruk di sorokkan yg baik di war2 kan supaya kita contohi Sultan Suleyman.

Tapi ada satu alasan lagi yg berkait which is 'apa motif drama ni ditayang? Nak kita contohi yg buruk tu ke?'. Sama sekali tidak. Ini yg berlaku salah faham sebenarnya. Saya memang tak boleh cakaplah apa motif pengarang dan penerbit drama ni. Tapi bagi saya, motifnya adalah untuk diberitahu 'Punca-punca kejatuhan Islam' dan kita sepatutnya sebagai seorang yg positif harus jadikan punca-punca tersebut sebagai pengajaran dlm hidup supaya ianya tidak berulang kembali. Malangnya masyarakat kita salah tafsir, fikirkan yg org kafir cuba meracuni minda kita agar mencontohi yang tidak elok. Ada yg sangkal 'alah klau mcm tu pemimpin yg kena tengok drama ni dan ambil iktibar, bukan masyarakat'.
Like seriously? Bukankah setiap dari kita harus ada sikap pemimpin? Perkara ni bukannya harus pemimpin negara sahaja yang perlu tahu tetapi pemimpin sesebuah keluarga pon harus tahu agar rumah tangga yg dibina lebih aman dan bahagia.

Next alasan is 'perlu ke tunjuk sisi gelap kerajaan Islam?' ataupon  'benda yg lalu kenapa nk diungkit?'. Untuk soalan yg pertama, seperti yg dikatakan, ianya cuma sebagai pengajaran. Kalau betul pun(memang betul pun, tak caya pergi tanya cikgu sejarah korang) punca kejatuhan Islam sebab 'perempuan', then kenapa nak nafikan? Kalau saya jadi rakyat Turki yelah saya malukan sebab pemimpin masa tu kan dari golongan mereka, tapi korang tahu tak saya jumpa satu artikel ni which is perdana menteri dorang cakap 'We cannot deny our  old Ottoman' dan itu jawapan untuk soalan kedua. Yes cannot deny it. Lagipun sudah namanya pun sejarah, kalau tak diungkit itu bukan sejarah namanya, dan bila diubah2 cerita untuk nmpk lagi best tu baru penyelewengan sejarah.

Secara keseluruhannya, sebenarnya setiap org ada reason sndiri untuk halang or sokong drama ni. Ada betulnya alasan2 yg diberi, cuma yg buat saya geram bila kata2 yg disampaikan sngtlah kasar seperti 'astro bodoh' dan sebagainya. Kalau tak puas hati sepatutnya kita suarakan dgn pendapat2 dan hujah2 yg mana kita rasa ianya betul. Orang nak sokong tak nak sokong belakang cerita. Untuk ulas balik hujah saya, setiap org sepatutnya buka minda supaya lebih bijak menilai, apa yg patut kita contohi daripada drama ni dan apa yg patut dijadikan iktibar dlm hidup.
Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai macam mana. Semua yg saya katakn tak semuanya betul juga, mmg tak boleh nak nafikan lah kalau movie sejarah mesti ada ubah2 sikit sebab nak jalan cerita lagi seronok. Sama juga cerita rakyat 'Bawang Merah Bawang Putih' ada yg kata B.Merah jahat tapi ada jgk yg anggap B.putih jahat. Tapi saya boleh jamin drama ni 70% betul selebihnya terserah. Biasalah nk menyedapkan cerita.

Yg silapnya cerita ni cuma terlalu ikut fantasi2 barat sprti adegan  cium, seks yg terangan(tu klau tengok kat youtubelah) kalau saya duduk turki pun saya minta di potong scene tu. Tapi bila drama ni masuk Malaysia mmg scene yg trlalu expose tu telah dipotong pon.

Akhir kata, Harap ampun andai trkasar bahasa, terguris hati. Sesungguhnya yg baik itu dtg daripada Allah, yg buruk itu dtg drpd saya. 
Assalamualaikum..
Reading Time:

@anaj.oscar

@way2themes