CLICHE THING

Sunday, 6 May 2018

Netizen Ketagihan Media Sosial
07:241 Comments
Yuhuuu..guys semalam aku layan MyDoctors Ep11.  Dalam beberapa segmen tu, aku tertarik dengan segmen first yg membincangkan tentang Penyelakuan Manusia which is Tabiat dan Ketagih.

Firstly, aku layan mydoctors? Thats super not me, tapi tajuk Ep11 aku suka sebab ianya more on psikologi. Secondly, korang pernah dengar ke tak rancangan kesihatan ni?

Ni ha doktor viral tu...

Okay back to main topic, apa yang buat aku tertarik adalah kerana mereka memfokuskan Ketagihan itu pada Ketagihan kepada Media Sosial. Sebab memang dah jelas masyarakat Malaysia ni memang ketagih dengan Media Sosial. Satu hari kalau tak on Instagram tak boleh, tak on Facebook rasa tak lengkap, tak tweet kat twitter rasa risau hilang follower, tak shake kat wechat rasa sunyi...hmm macam2 lagi media sosial yg orang kita guna kann..

So nak dijadikan Cerita, aku buat uji kaji atau sebenarnya more on cabar diri sendiri, sebab aku ni kategori Ketagih Instagram. Hari2 mesti on. Paling lama tak on pun maybe 2 hari. So aku cabar untuk tak on atau sign in apa2 acc social media aku selama 2 minggu. This happened before aku tengok MyDoctors tu.

Habis Challenge aku nak buat entri psl bnda tu, kebetulan semalam MyDoctors bincang tentang perkara negetif media sosial ni kepada orang ramai. Dan reason2 tu jugak yang menjadi punca kenapa aku challenge diri sendiri...

REASON ATAU PERKARA NEGETIF.

1. Buat Diri Rasa Tak Bersyukur, Rendah Diri Dan Always Ask WHY?

Aiseh...orang kaya ni..

    Usually kita memang follow 'orang2 kaya' ni, sebab kononnya kagum or 'bestnye tengok style die' konon admire, idola. Kalau follow jutawan, suka tengok kalau dorang memcapub rumah bagai istana, porch bagai kedai kereta, travel guna private jet..
That things yang buat korang rasa 'kenapa dorang kaya aku tak, kenapa dorang boleh memiliki semua perkara tu tapi aku tak?' Seriously,,this things can lead you to Depression..

Tak caya? Mungkin sbb mereka bukan sesiapa bagi kita, tapi how bout your own friends yang loaded2 sekalian...'apsal Family si fulan kaya, every weekend hang out, travel oversea...aku pulak tak dapat semua tu' Jealous right? Tipulah kalau korang tak pernah rasa...

Imagine it kawan korang post gambar ni..huhu sedeyh..

Apa yang aku buat adalah to give a rest for my feelings. Kesian perasaan kau asyik dirobek-robek dek kerana kawan payung gambar dia kat New York, gambar dapat kereta baru, gambar baru lepas shopping..

2. Akan Ada Yang Sakit Hati..

    Nampak macam lebih kurang dengan yang atas, sebab berkenaan perasaan jugak. Okay, macam ni, actually this is not the first time i'm doing this challenge, but second time. First time aku buat masa January. One of the reason why i love this challenge is kau tak jumpa orang, kau tak kan bergaduh, takkan ada salah faham maka tak kan ada yg sakit hati. Know what, after i finish the first one aku get into social life again tapi lepas tu aku bergaduh dengan orang....

Bila aku mula komunikasi dengan Homosapiens, masalah baru datang. Korang perasan tak yang 'banyak'(bukan semua) masalah kita timbul yang melibatkan Homosapiens? Yeahhh thats it!!

Kalau tak pun, kadang tu mulut kita sendiri masalah. Mungkin kita memang jenis yang mulut laser. Bila bercakap mesti buat org sakit hati. So apa yang aku buat adalah untuk mengelakkan diri drpd masalah atau sumpah serana dari kawan2 aku kalau selama ni perbualan chat atau komen2 aku menyakitkan hati mereka...

Taktau lah betul ke idok, yg pasti nilah contoh ayat yg boleh menyakitkwn hati orang kat media sosial


3. Hidup Dalam Kepura-puraan..

     Yup! Korang sedar tak sometime korang tangkap gambar dengan kereta BMW padahal jumpa tepi jalanraya je. Buat story video makanan dalam periuk tengah rebus padahal Mak korang yang sedang masak, Hantar perbualan chat dengan pakwe padahal Fake Chat Whatsapp..

Wow!! Seronok ye makan bersuap haha

Kau hado ke girlfriend cam dia ni hahahaha

Untuk apa semua tu? Ye pura-pura untuk tunjuk kat Followers what a great life you have. Nak tunjuk yang hidup korang ni fun. Nak tunjuk yang korang ni berbakat, nak tunjuk kemewahan yg ekceli sebaliknya dan kadang nak buat orang puji kau atau ada  yang niat nak buat orang lain jealous. Dalam erti kata lain 'Kau ingt life kau je fun? Hidup macam orang kaya? Aku punya life lagi fun.'

Apa yang aku cuba buat adalah untuk stop seketika daripada ke'fake'an yang selama ni aku cipta...memang terserlah aku menulis melalui pengalaman, i tell you guys sebab aku sedar aku buat...Thats why please give yourself a rest, kalau tangan badan korang boleh bercakap mesti mereka cakap betapa kecewanya mereka dgn kau yang tak boleh terima realiti kehidupan korang yang sebenarnya korang ni gemuk/hitam tapi post gambar tetiba cerah kulit licin dan kurus plus ada shape lagi...

4. Proud Parents And Oversharer..

     Kewujudan mereka yang digelar Proud Parents dan Oversharer ni amat menjengkelkan sebanarnya. Perasaan menyampah mesti timbul bila nampak gambar dia kat  Instagram, Status dia kat Facebook,tweet dia yang nonsense, bahasa wicet die yang melampau sangat...

Maaf retis, aku cuma tertarik dengan hashtag #9A tu...

Aku pun turut menyampah, 'Tahniah anak saya 9A+'. Tak salah nak share kegembiraan, tapi cukup sekadar 'Tahniah Anakku yang Cemerlang dalam exam'..itu pun dah mampu buat orang lain jealous dgn kau dah. Cukup lah tu. Lain2 proud parents ni selalu post gambar anak kecil 'baby-2 tahun' setiap hari kalau boleh setiap 2-3 jam post kat story...

Konon anak dia lah paling comel, kecil2 dah pandai buat itu ini. Ada yang proud parents tunjuk pada netizen macam mana dia didik anak supaya jangan beri muka sangat bila anak buat salah kena rotan. Salahnya parents ni, post gambar atau video anak dirotan. Aiyoyo salahkah kalau simpan senyap2 kat rumah je? Sebab,, kau akan ganggu mental budak tu, dia rasa malu sebab kena rotan, kalau kawan2 dia nampak video tu, pastu ejek2 dia dekat sekolah...hmmmm...

Next is OverSharer,...pun menyampah dengan makhluk macam ni, terlalu banyak perkara dia nak share, yang penting yang tak penting suma ada. Contoh 'Selamat pagi breakfast jom'. Tengahari nanti 'Selamat Tengahari lunch apa tu?'. Bila Maghrib 'Salam Maghrib semua'. Setiap waktu pulak dia nak wish. Kalau sekali sekala tak apa, kalau setiap hari macam tu? Alahai macam kesunyian je.

Satu lagi kes dimana ada disebutkan di MyDoctors tentang OverSharer jenis yang sentiasa upload gambar perkara yang dia sedang buat. -post gambar kicap- 'baru lepas beli kicap', -post gambar toilet- 'Nak mandi dulu,dah busyuk dah ni'...Alhamdulillah sedar pun diri tu busuk...



5. Gosip Murahan Dan Mahalan..

     Gosip patutnya aku letak pada list No.1 kan?? Memang terlalu banyak gosip-gosip Murahan dan Mahalan kat media sosial sekarang ni. Sebab negara kita kini dilanda musim Mak Cik Bawang!!! Mak Cik Bawang Pro, Mak Cik Bawang Amateur, Mak cik Bawang Junior, Senior, Part time semua ada. Dan gosip paling hangat ofcourse gosip Artis..

Yang mana satu korang? Haha

Sememangnya depends kepada siapa yang kita follow, tapi macam Aku sendiri tak ramai artis yg aku follow tapi gosip artis lain semua keluar kat feed jugak. Dan macam tajuk aku bukan fokus kepada Instagram dan Facebook sahaja malah media sosial yang lain jugak.

Macam forum, dulu aku sangkakan forum adalah tempat ilmiah, para intelektual bertukar-tukar pendapat. Tapi sangkaan aku meleset, dua bulan aku aktif berforum akhirnya aku mengalah sebab hati jiwa dan raga aku sakit sebab everytime aku on je, thread yang keluar adalah tentang artis.

'Artis itu ini blablabla'. Dan tukang komen a.k.a Keyboard Warrior mereka sangat awesome rasa boleh dapat anugerah 'Nerda Yang Kau Sanjung Lebih Teruk Daripada Makcik Bawang Sebelah Rumah'. Kenapa aku cakap Nerda? Sebab majoriti Forumer adalah mereka dari golongan Intelektual, kerja bagus macam Engineer, Doktor, Lawyer, Pensyarah, Penganalisis blablabla..Aiseh bukan aku nak kutuk golongan macam ni, just majoriti kat forum tu golongan itu lah...

Dan kenapa aku sakit hati sangat? Okay aku layan gosip sikit, tapi kat forum tu ibarat the biggest gosip place ever. Makcik Bawang sume kumpul kat situ. Gosip yang kau takkan jumpa dekat Medium lain pun ada. Gosip artis lama pun ada. Cth: Artis update status 'Aku dah lama sabar dengan kau ni, sikit hari lagi kau tengok apa aku buat' pastu akn ada forumer bukak thread pasal ni dengan tajuk 'Dengan siapakah Artis A Bergaduh?'. Sat gi berpuluh2 beratus2 beribu2 orang komen 'Artis S kut' 'Rasanya Artis Z,sbb Artis Z pun tengah marah someone sekarang ni'....blablabla betapa banyak fitnah kat situ hmmm...


Contoh2 gosip harini, hebat bukan? Banyak je lagi yang aku tak SS..


6. Punca Poket Kering Dan Perut Memboroi..

      Bila wujudnya media sosial maka wujud pula dunia tanpa sempadan, Muncul pula istilah 'Semuanya Di Hujung Jari Anda', selepas tu makin rancak menjadi 'Tular' a.k.a 'Viral'..

Maka bermulalah revolusi seorang Peniaga yang moden dengan mencipta istilah 'Online Business'. Dengan teknik Marketing yang hebat beserta Kuasa Viral yang awesome maka hancurlah segala harapan korang nak menyimpan duit untuk itu dan ini sebab asyik terpengaruh je dengan iklan2 produk..

Memanglah kalau ikutkan masalah diri sendiri yang boros dan takreti kawal diri. Tapi punca penyakit boros ni menjadi-jadi sampai tak sedar diri sebab Iklan yang terlalu menggoda di sosial media jugak. Nak2 pulak tengok kawan dah beli  pastu post gambar dengan caption 'saya dah beli,anda bila lagi?', 'tak menyesal beli,best gila,korang kena try'...

Kalau makanan lagi parah, yang ni bab Perut Memboroi. Asyik2 tengok gambar orang jual makanan sedap. Kawan kau dah beli siap post gambar dengan caption 'sumpah sedap weiii!!', 'Yummy gila, tekstur die lembut bila rasa je feeling nak nangis pun ada sebab sedap sangat'. Lama-lama korang pun terpedaya dan beli dan makan bnyk2..

Hari2 tengok gambar cenggini boleh nangis kempunan wei...

Perghh..terliur tak? Hehehe..

Ada satu orang ni dia jual Jagung Cheese kat Facebook. Aku punya terliur. Dah lama teringin tapi hanya mampu kempunan sebab kedai dia nun jauh di Kedah..
#SosialMediaPuncaKempunan hahaha...

7. Manusia Narcissist...

Narcissist? Apa tu? Okay bahasa mudah dia orang yang suka atau admire diri dia sendiri. Ini boleh aku katakan Gabungan untuk golongan 'Hidup dalam Kepura-puraan, OverSharer dan Proud Parents'... Sebab aku dah penat nak menulis, so aku SS Artikel tentang Narcissist yang aku jumpa kat Blog Vocket.



Adakah aku seorang Narcissist? Boleh jadi jugak. Aku pun tak sempurna, aku pun hidup dalam kepura-puraan untuk menunjuk especially kat Instagram...

 Yang kenal aku kat Instagram,Facebook,Twitter dan dalam dunia realiti,mereka akan tahu siapa aku sebenarnya, macam mana aku sebenarnya...tak seperti di media sosial, karakter aku di setiap medium berlainan... Instagram tempat sharing aktiviti harian yg kepura-puraan, Facebook tempat acah ku berdakwah, twitter tempat meluah perasaan..

dan realiti aku bukanlah sesiapa yang istimewa, hanya orang biasa yang hidup untuk mencari bahagia tetapi digelapkan oleh media sosial yang tiada makna...

Pergh ayat aku...hahaha so apa yang aku cuba buat adalah mungkin berhenti seketika daripada sikap Narcissist jika benar aku narcissist...dan jika kau yang begitu maka aku cuma perlu berehat daripada melihat perangai org narcissist  yang menjadi parasit dalam dunia media sosial....

Kenapa aku cakap parasit? Sebab biasa Narcissist kat Instagram, dengan bangganya post gambar selfie dia. Kalau ada 10 keping gambar, kesemuanya gambar selfie dengan pelbagai gaya...erghhh sesak dada aku melihatnya...

Huntung mat nigga jadi model dalam blog aku yer hahaha..

Akhir kata,sekian sahaja penulisan aku tentang Negetif di Media Sosial dan kenapa aku berhenti seketika dari dunia Media Sosial dengan Mencabar Diri Sendiri atau aku namakan ia sebagai #RestFromMediaSocialChallenge
 atau #2WeeksWithoutMediaSocialChallenge atau #AWhileMissingChallenge

Andai ada yang terasa tersentap aku minta maaf lah yer..korang boleh anggap penulisan ini cuma ulasan atau kritikan daripada aku untuk aku juga, atau nasihat daripada aku untuk kamu orang supaya berhenti seketika dari dunia media sosial jika kamu orang memang ketagih macam aku. Rehatkan diri sementara waktu. Give yourself a space.


Assalamualaikum...
Reading Time:

Sunday, 8 April 2018

NASIHAT Tidak Menyebelahi Sesiapa
02:151 Comments
Pernah tak korang terfikir benda ni? Kenapa nasihat tak pernah sebelahkan kita, kenapa mesti bertentangan dengan perasaan kita.. Kenapa dan kenapa?

Kadang2 rasa macam malas nak mintak nasihat orang, sebab kita rasa mereka tak faham kita. Salah tu, sebenarnya kita yang sentiasa rasa kita betul,kita baik orang jahat.

Tujuan nasihat atau segala kata2 hikmah yang korang dengar sebenarnya bertujuan untuk membetulkan diri sendiri, sedar akan kekurangan diri, dan tidak memandang remeh terhadap orang lain.



SIAPA CAKAP NASIHAT ASYIK SEBELAHKAN PIHAK YANG LAIN SAHAJA?
Lihat situasi ini:
Ali seorang yang malas solat, menasihati Abu untuk menunaikan solat.

Abu akan terfikir macam ni "dia sendiri tak solat nak nasihatkan orang konon,hipokrit"
Maka dtng kata2 nasihat dari org ketiga macam ni "Jangan pandang pada perbuatan buruk mereka, tetapi pandang/ikutlah perbuatan baik yang mereka suruh lakukan, apa jua perbuatan buruk itu, ianya antara mereka dan tuhan" 

Bila si Ali merasakan nasihat menyebelahinya, muncul pula kata2 seperti ini "Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus" dan juga ini "Sebelum kita ubah orang lain, ubah diri sendiri dulu" 

See? Nasihat tak pernah sebelahi sesiapa, Tujuan nasihat as i said, nak ubah persepsi negetif kita terhadap sesuatu perkara, nak sedarkan kekurangan diri sendiri, nak buang ego dalam diri..

Ego yang macam mana? Ego yang macam ni:
Ali: Walaupun aku tak solat, tapi aku nasihatkan orang supaya solat (yes he didn't said but deep in his heart dah terdetik dalam diri die bahwa dia ni baik orangnya)

Abu: Walaupun aku tak solat, tapi aku tak Hipokrit macam dia tu (still he think he better than Ali)

Ingatlah kawan2...
Saidatina Aisyah (R.A) Pernah Ditanya,
"Bilakah Seorang Manusia Mula Menjadi Jahat?"
Jawabnya,
"BILA DIA MULA RASA DIRINYA BAIK"

Wallahualam, Sama-sama kita baiki diri supaya sentiasa positif dalam apa jua nasihat yang kita terima.....
Dan ingatlah jua bahawa...

Reading Time:

Monday, 2 April 2018

Aku Seorang SCANNER (Generalist Personality)
03:15 5 Comments


Mengikut Kajian seorang Speaker, Career/Life Couch, and Author, Barbara Sher. There is a personality that she name it as 'Scanner' and 'Diver'. So at last I know it that aku ni sebenarnya adalah seorang SCANNER. Apa tu?
Scanner ni bahasa mudah dia 'Someone that got a lot of interest', dia minat nak buat itu nak buat ini. Semua aktiviti or perkara kebanyakkannya menarik minat orang Scanner ni.

ADAKAH UOLLS SEORANG SCANNER?
Cer tengok ciri-ciri orang Scanner ni macam mana....

-->Uolls mempunyai idea kreatif sepanjang masa, sama ada untuk buku,rancangan tv, projek seni, perniagaan dan lain-lain..

-->Uolls suka belajar tentang subjek dan idea baru, tetapi kemudian beralih ke sesuatu yang lain..

-->Cuba untuk memilih sesuatu antara idea,minat dan projek akan membuatkan Uolls stress..

-->Berfikir untuk menumpukan hanya satu minat atau perkara atau kerjaya untuk sepanjang hidup sangat menakutkan uolls..

-->Uolls memulakan banyak projek/aktiviti tapi tak selalu menyelesaikannya sebelum get into something else..

Kalau uolls ada atleast 3 ciri kat atas ni maknanya uolls ni jenis Scanner Personality. Nak info tambahan untuk ciri2 ni? Nah kat bawah ni..
Maaflah gambar kecik sikit kan, btw how bout Diver personality? Okay Diver ni pulak jenis yang fokus pada satu minat/perkara/aktiviti and get deep into it. Contohnya macam Scientist. Mereka akan berusaha dalam aktiviti dorang tu hingga dorang expert or Master. Okay aku tak nak cerita lebih-lebih pasal Diver ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh search kat google.

Berbalik Kepada Scanner Personality...apa masalah korang ni? Tak boleh ke minat satu perkara je? Tamak lah kau ni!. Tu adalah contoh2 ayat yang biasa kami seorang scanner terima daripada Keluarga,Kawan-kawan, cikgu, orang awam...
Kami tak ada masalah, ini diri kami, dilahirkan sebagai seorang yang punyai banyak minat, nak buat macam2 dalam hidup....

CABARAN SEORANG SCANNER
Satu, aku dah cerita kat atas, pertanyaan dan ayat2 dari orang sekeliling yang menyakitkan hati(sometimelah), yang sometime buat kita rasa down jugak. Ibarat kita ni jenis yang tak berguna..

WHY? sebab people always labeling us as 'Master In Nothing'. Semua benda nak buat tapi tak pernah nak betul2 expert cukup sekadar we have experience on doing it, mcm amateur. Okay beza orang diver dengan Scanner ni ialah, Diver person thinks achievement or 'Master' is a REWARD for them, tapi kalau Scanner ni they think Experience as their Reward in doing something...

In my life, cabaran yang aku hadapi bila my mom keep saying 'kau ni tak pernah tetap dgn satu perkaralah!'(dalam nada marah). Susah sangat nak decide cita-cita kalau boleh aku nak jadi semua. Dulu aku tak tau istilah scanner ni, so aku just express apa yang aku rasa or fikirkan dekat kawan2 dekat Fb so bila sekarang ii already know the word 'Scanner', bila teringat balik luahan2 hati yg lama2 dulu its  really related duh....
Itu contoh yang aku dapat dari status FB aku 2 Tahun yg Lepas...yup, mak aku akan tanya almost every week or month cita2 aku sekarang apa?..sebab minat aku sentiasa berubah2 . 
Ayat aku yang last tu, aku tulis 'LIFE IS SHORT AND I WANT TO DO MANY THING'... Itulah perasaan aku hingga kini,  kalau boleh aku nak ada pengalaman dalam melakukan macam2 aktiviti...

GOOD NEWS AND BAD NEWS ABOUT SCANNER PERSON
GOOD NEWS dia adalah orang scanner ni most of them adalah seorang yang kreatif. I don't say I'm but yeahh most of scanner person. Creative here doesn't mean only for Pelukis or macam designer ke, kreatif juga diambil kira kalau kita jadi seorang penulis ke...yup like that of creative, we got ideas because we explore many things. Other than that, Scanner person also tend to be an open-minded person, everything around them is just a good things, a positive things, a must learning thing(depends on the situation), and they can  accept many things.

BAD NEWS dia pulak, world doesn't always approve the Scanner, sebab kami ni Master Of Nothing. Tak Semua tapi most of Us. Kalau bab pekerjaan pulak, Majikan
 jarang nak pilih mereka yang Scanner type of person ni sebab we tend to be 'Cepat Bosan' dengan pekerjaan yang kita lakukan. Biasa orang Scanner ni dia akan selalu tukar pekerjaan, but not all people yang selalu tukar pekerjaan tu adalah Scanner sebab kadang2 tu masalah dia sendiri.

DON'T WORRY SCANNER PERSON..
Why i said don't worry? Because tak semestinya if korang Scanner so korang tak boleh Success dalam hidup. Walaupun you cannot focus on specific thing, it doesn't mean you're a loser...cause what,,, there are billionaires out there who are Scanner...

We know the name STEVE JOB...he is a Scanner...
Secondly is RICHARD BRANSON He also a Scanner...perhaps Sir Richard got a lot of Company that he not run any of the companies himself. Sir Richard mempunyai lebih kurang 300-400 company in different field. Hebat bukan?
These are all of his companies. 

Company Sir Richard  ni under one group yang dinamakan sebagai Virgin Group. So under Virgin Group ni ada banyak company -company macam bahagian Pelancongan spt. Virgin Australia(Airline), Virgin Holiday... Kalau bahagian kewangan , Virgin Group ada company macam Virgin Money, bahagian media ada Virgin Media, macam2 lah Sir Richard ni ada, company Casino pun dia ada, company Train pun dia ada...
Macam2 lah, sebabnya dia ni Scanner iaitu 'got a lot of interest', apa yang dia minat dia tubuhkan company baru...
Yup! Its okay to be Yourself, biarlah orang nak kata kita tak ada pendirian yang tetap ke, kita ni tamak ke, biarlah mereka as long as kita happy dengan diri kita...just love your Scanner Nature and believe in Yourself that you can be a SUCCESS Person....

Kalau orang kata you ni pelik sebab banyak sangat minat,, don't worry ,, you just hv to say this...
Kahkahkah biar terbakar hati orang yg ckp you pelik tu...


P/s soon idk maybe i will sharing to you guys about my Interest in another entry, soon InsyaAllah..


Reading Time:

Saturday, 24 March 2018

Raver Kenduri Kahwin Atau Hilangnya Pisang Goreng? (Bedah Siasat Warisan Yg Tercemar)
22:450 Comments
Assalamualaikum gaiss! Chek tiba-tiba jadi rajin nak update blog Minggu ni. Rasa macam mencurah-curah idea. Tangan asyik gatal ja nak menaip, membahas, menyentapkan, dan membawang isu-isu semasa yg mantop@viral kat sosial media ni...

So seperti tajuk kita hari ni, Bedah Siasat Warisan yg Tercemar, korang setuju dak this things makin menjadi-jadi kat kalangan masyarakat kita? Tak payah jawab, i know the answer olledi kihkihkih..

Isu Viral tentang RAVER DI KENDURI KAHWIN

Tu den belanja gambaq(kecelaruan identiti loghat be like😂). Pasai ni lah kecoh kena kutuk sbb tak ikut adat. Yalah biasa kan org persembahkan silat, hat ni pi kasi tarian 'SOTONG' pulak. Memang ramai para penyanjung adat sekalian terkesan dengan perbuatan anak muda a.k.a BBNU zaman sekarang ni.

Hendaknya pulak pasangan pengantin tu budak muda lagi, memang layan kan aja, 'for fun onlik'. But for me lah, for fun yg berlebih2 nih..Bukan apa, kita tak nak buruk sangka tapi mmg zaman sekarang ni orang kejar Fofuleriti bak hangg..Zaman Viral ni, hampa buat perangai pelik sikit dah kecoh satu Malaysia. Betul dak?

Masalahnya, Viral tu benda tak baik buat apa, lagha ja lebih, sat gi esok lusa ada pulak kenduri kahwin ada pengantin BerBREAKDANCE, kalau dah mcm tu awat tak buat kenduri kat Zouk ja? Ahahaha..
Den sendiri pun ada belajar raver dari junior den, tapi takda nak nari Raver kek umum, simpan sendiri buat melepas stress tu cukuplah...

Tak mau lah nak bidas lebih, nanti hari kahwin den, macam mana rupa pun tak taulah, harap terhindar dari perkara gini..
Bukan apa, nak pertahankan adat2 ni pun bukan suma betul pun. Contohnya acara tepung tawar tu, or bersanding tu ke kann..
So secara jujurnya den tak terkesan sangat dgn budak RAVER KAT KENDURI KAHWIN, biaq pi la depa asal kita tak buat pepelik..

TAPI HAT NI MMG CHEK TERASA SANGAT..
HILANGNYA PISANG GORENG ORIGINAL

Tengok i tepek gambar pisang goreng jaman cekarang tuh. Yes!! Itu pisang goreng lah hakak2 abg2 otai2 sekalian. Meriah Bukan? Hahaha😂. Ekceli den tak kisah pun nak bubuh cheese ka, kentang ka sos spaghetti ka, buatlah apa pun asalkn makanan tu sodap. Sebabnya den ni suko makanan, kalau org dok buat pembaharuan itu ini maka bervariasilah makanan kita kann, macam2 pilihan ada, wah Malaysia Syurga Makanan!!..

Tapi yang buat den kecewa bila terjadinya satu kejadian dimana den yg lalui benda ni. Alkisah dia 4 hari yang lepas, ada sorang budak ni dia pi kasi den pisang goreng. Jujur den kobar kan, den taklah minat sangat pisang goreng ni, beshe2 je. Tpi yg budak tu kasi mmg sedap, manis den pun boleh tergoda hahaha, so den tanya la budak tu 'beli kat mana dek?' 'tak tau ayah yg beli, tak sedap lah, takda CHEESE makan dgn susu pun tak sedap'

Den be like '😨, omang aii budak kocik jaman cekarang ni!, Lahir kat London' bebudak kecik ni rasakan yg asalkn pisang goreng tu kena ada cheese, kononnya cheese MEMANG Resepi diaa, depa tak tau ka pisang goreng original tu apa? Ini baru betul hilangnya warisan kita, sedih sngt lah rasa, sebab kita buat resepi baru tu tujuan nak variasikan makanan tapi kalau yg Ori dah dilupakan...sayang seribu kali sayang lah...😢(turut berasa sedih, seperti sedihnya pisang goreng original tu, hukhuk)

Ekceli lah, bagi den kan, boleh ja kalau makanan tu diubah2 sebab nak ikut citarasa tempatan, contohnya kalau nk jual pisang goreng kat London, omputeh ni pulak suka cheese apa salahnya kan? Mcam lah kita tak buat, spaghetti Malaysian Version pun diubah2 sbb nk ikut selera orang kita, tapi kalau jual kat negara sendiri pastu sampai hilang warisan kita, taktaulah nak ckp apa lagi, takdo pulak den dongar omputeh buek resepi SPAGHETTI DURIAN ke, CHURROS BELACAN ke, MACARONI TEMPOYAK ke, halamak laku ke nanti ahahaha ehh belum cuba belum tahu😎..

So, kesimpulan dia kat sini, yang kes no.1 tu, nak ber'have fun' pun berpada2 lah. Kena tengok keadaan bila masa yg sesuai korang nk bwk trend tu, kalau dah bertentang dgn adat kononnya 'kami generasi milennia' sorry to say hang pindah lah negara yg lebih millenia yg lebih open minded. Korang kena jaga perasaan mereka2 kaum tua2 sekalian yang nk jaga kesucian adat dan warisan depa. Hormat sikit. Lagik2 benda lagha camtu(amboih mcm aku tak buat lak kan haha)...

Pastu pasai kes Pisang Goreng tu, weii den mintak sangat2 kat hakak2 abg2 yg dah ada anak tu, sama2 la kita ajar depa supaya syng dekat makanan warisan kita, jangan kasi tercemar dgn modenisasi yg dilakukan, didik depa dari awai, lagik pun tau ja lah pisang goreng original lagi murah what banding dgn yg lain tu, haaa hampa boleh jimat duit kut..mmg tak pelik lah org kata sekarang ni susah nk hidup gaji tak bosar tapi makanan mahal, ofcourse lah kalau bahan nak buat tu pun mahal ya dak?

Faham jelah org Mesia ni kalau tak CHEESE Mesti SERBUK OREO kan? Ahahahaha..

Okay itu sahaja daripada acik bawang hari ni, fikir2 kan lah, renung2 kan lah, kalau pendapat tak sama harap maaf lah ya...
P/s maaflah pasal kecelaruan identiti loghat dalam entri kali ni, den pun poning baca hahaha
Okay, bye Assalmualaikum..😉
Reading Time:

Friday, 23 March 2018

Pengalaman Kemurungan (Depression) Seorang Remaja
05:240 Comments
Yasssss New Entry...I terdetik nak sharing this story kat korang. Maybe this story like typically yang korang pernah dengar but this is my version of Depression. Firstly this happened to me about 2 months and a half ago on January.

INTRO BAGAIMANA IANYA BERMULA...
This happened selepas I habis SPM, which is duduk rumah tak kerja and everything. Masa ni I agak frust sedikit sebab Ibu dah janji nak kasi I kerja tapi end up tak boleh walaupun i dpt offer kerja jadi cashier dekat Jakel. So bermula dgn...Frust!

DILEMMA NAK MOVE ON
Seperti yg ditulis, actully i ada suka dekat this one boy since dulu lagi, i jadi tak suka nk layan perasaan tu lama2 sbb rasa mcm buang masa n klau2 tetiba dpt news dia nak tunang kan bertambah frust nnti(dia lgi tua dri i). So i decide nk move on, maka segala acc social media dia i unfollow. Weii time ni sakit sngt2 sbb rindu semua i rasa. Sedih ofcourse lahh kann..

PROBLEM LAIN DATANG MENYINGGAH
Nak story detail agak susah lah, secara randomnya i kecewa sbb semua yg i rancang tak jadi, mcm kes nk kerja tu, i nk kumpul duit, pstu nk pergi holiday dgn kawan2 next is nk produk kecantikan(biasalah girl kan). Tapi tak dpt. Psl lesen pulak, my mom dah janji tpi end up tak dpt jgk sbb financial problem. Bukan i tanak faham cuma i kecewa yang dirancang semua tak jadi.

PARANOID DAN ANXIETY
I mula rasa paranoid dgn future i, sebab bila i pandang belakang(life i selama ni) penuh dgn kegagalan, yg i rancang semua tak jadi, i jadi risau kalau2 i tak dpt capai impian i. Sebab i ni jenis yang cita2 sangat tinggi. I jadi lemah semangat nak2 pulak hari2 i dengar mak complain i duduk rumah tak guna pun. Tak menolong langsung. I mean weii pagi2 i bangun basuh pinggan kemas rumah menyapu macam2 lah i buat, just kdg2 i terlupa something yg kecik habes kena bebel.  I ni mls nk backup diri nnti kena bebel lagi panjang...

TIADA TEMPAT MENGADU
Yee i sedih sngt dgn apa yg berlaku, kecewa, sedih nk move on, risau dgn future, gaduh dgn mak i almost everyday, i jadi stress tapi i tak ada tempat mengadu sebabnya i ni dulu duduk hostel for 5 years. Mmg my life dgn kawan2 suma problem mmg story dkat kawan je. Komunikasi dgn parent mmg K.O. boleh je nk chat share masalah tapi tak sama dgn jumpa depan2 kan. Kenapa i tak hang out dgn dorang? Again financial problem, duit belanja i habis i kasi kat parent untuk keperluan something2, takpalah bukannya bnyk pun tapi still duit i dah habis semuanya...

NI KLIMAKS OF MY STORY...
Maka bermulalah sesi nangis sorang2 dlm bilik, nangis tanpa sebab, berkurung dalam bilik,, taknak jumpa dengan siapa2 pun, tanak ckp dengan siapa2, jantung pam laju je sentiasa, always rasa risau, tangan menggeletar, makan pun dalam bilik, menjadi seorang anti-social, Insomnia Kronik, mmg kdg2 dua tiga hari seminggu i mmg tak tidur langsung, maka tengoklah tinggap ke luar rumah dari pukul 6.30 pagi sampai lah naik matahari..

Bangun pagi mmg sakit2 badan, otot semua sakit, pening kepala, mata bengkak, tapi i buat jugak homework sbb tanak ckp kat parent yg i sakit nnti kena bnyk soal. Bila ayah i balik lunch, i terus masuk bilik. Sebab tulah tak jumpa dan tak bercakap. Sampai i pernah hampir nk cederakan diri mcm tumbuk dinding smpai berdarah tangan ke tumbuk cermin smpai pecah ke. Iman je yg ada time tu. And this happen about 2 weeks and a half..
Macam ni lah rupa i masa depress tu T.T

MACAM MANA I SURVIVE???
Actually i bersyukur sbb i mmg biasa advice org lain yg ada masalah(ni bukan puji eh ni share cite je, hehe), makanya i selalu advice myself supaya kuatkan semangat, sentiasa positif dan bersangka baik dgn ketentuan Tuhan, bersabar, sentiasa fikir kegagalan hari ini sebenar membuatkan kita lebih kuat menempuh cabaran di masa depan. Yess nk dpt kan semangat balik bukan mudah its take time..

Selain tu, i story tu my bestfriend yg sngt2 dipercayai, dan dia advice i panjang berjela2, dia puji i kata i ni org yg hebat selalu bagi inspirasi kat org blablabla supaya i dpt balik my confident nk capai impian dan cita2 i yg tinggi yg amat tu ahahahahaha...

Lain2 tu, bila i dh sihat sikit i confess kat satu forum ni, story everything yg selama ni i pendam, segala masalah i, tak kira lah kisah crush ke kisah masalah kewangan ke semualah, dan kat situ ramai akak2 dan abg2 yg baik hati komen bagi kata2 semangat. Its really work actually...
Mmg lega dpt luahkan...

MY LIFE AFTER THAT...
Kepada yg sangka i dah sihat sepenuhnya, nope. I cuma bgitau my bestfriend yg i dah okay sbb i tanak risaukan dia. Yes, i dah boleh jalani life mcm org lain, i boleh brckp dgn org, i boleh ketawa, buat lawak, i tak pura2 pun when this happen..

Malah i got this strange Overly Confident yg i rasa tak pernah wujud dlm diri i. Dulu jenis yg pendiam yg amat bila dgn org yg i tak biasa tapi sekarang there is improvement kut boleh sembang2 sikit, setiap perbuatan i, seolah2 i mcm tak kisah org ckp apa dah, pelik tpi itu yg brlaku...

Doakan i cepat sembuh supaya boleh jadi somebody yg cool giler mcm dulu-dulu..hehehe...
Reading Time:

@anaj.oscar

@way2themes